BH Online
Ringkasan Berita

Otamendi umum bersara daripada skuad Argentina

BUENOS AIRES: Pemain pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sekali gus menamatkan karier selama 17 tahun yang menyaksikannya menjulang Piala Dunia 2022 dan dua gelaran Copa America.
Otamendi umum bersara daripada skuad Argentina

Pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi ketika beraksi pada final Piala Dunia FIFA 2026 menentang Sepanyol di East Rutherford, New Jersey hujung minggu lalu. Argentina tumpas 0-1. – Foto fail AFP

BUENOS AIRES: Pemain pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sekali gus menamatkan karier selama 17 tahun yang menyaksikannya menjulang Piala Dunia 2022 dan dua gelaran Copa America.

Pertahanan tengah berusia 38 tahun itu membuat 139 penampilan bersama skuad kebangsaan dan turut berada dalam pasukan yang mara ke final Piala Dunia di Amerika Syarikat hujung minggu lalu, sebelum juara bertahan itu tewas 0-1 kepada Sepanyol.

"Hari ini saya perlu menulis kata-kata yang paling sukar sepanjang karier saya," tulis Otamendi di Instagram.

"Takdir menentukan perlawanan terakhir saya adalah final Piala Dunia. Ia bukan keputusan yang kami mahukan, tetapi saya pergi dengan kepala menegak kerana tahu pasukan ini memberikan segala-galanya sehingga saat terakhir.

"Terima kasih, Argentina, kerana membolehkan saya merealisasikan impian menjadi juara dunia."

Otamendi baru-baru ini menyertai kelab gergasi Argentina, River Plate selepas menamatkan tempoh 16 tahun yang cemerlang di Eropah bersama FC Porto, Valencia, Manchester City dan Benfica.

Sepanjang karier antarabangsanya, dia mewakili Argentina dalam empat edisi Piala Dunia. – REUTERS

Video Terkini

Berita Berkaitan