BH Online
Ringkasan Berita

Adeyemi rekrut kedua Barca

BARCELONA: Juara La Liga, Barcelona mengesahkan pembelian penyerang Jerman, Karim Adeyemi daripada Borussia Dortmund dengan kontrak selama lima tahun
Adeyemi rekrut kedua Barca

Adeyemi menandatangani kontrak bersama Barcelona sehingga 2031. - Foto FB FC Barcelona

BARCELONA: Juara La Liga, Barcelona mengesahkan pembelian penyerang Jerman, Karim Adeyemi daripada Borussia Dortmund dengan kontrak selama lima tahun

Menurut laporan media Sepanyol, perpindahan pemain berusia 24 tahun itu dianggarkan bernilai 29 juta euro (RM135.21 juta), termasuk bayaran tambahan berdasarkan prestasi.

Dalam kenyataan rasmi, Barcelona memaklumkan Adeyemi akan kekal bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2031.

Adeyemi menjadi pemain kedua dibawa masuk Barcelona pada jendela perpindahan kali ini selepas kelab itu mendapatkan pemain antarabangsa England, Anthony Gordon, daripada Newcastle United.

Pemain yang mampu beraksi sebagai penyerang tengah atau di kedua-dua posisi sayap itu dijangka memperkukuhkan jentera serangan Barcelona susulan pemergian penyerang veteran, Robert Lewandowski.

Barcelona turut kehilangan Marcus Rashford selepas tempoh pinjamannya daripada Manchester United berakhir, sekali gus mengurangkan pilihan di bahagian serangan.

Kelab Catalan itu bagaimanapun dilaporkan masih memburu penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez, yang kekal menjadi sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan