BH Online
Ringkasan Berita

Dollah kembali 'beraksi', dilantik ketua jurulatih KL City

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh akhirnya kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan selepas beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kuala Lumpur (KL) City.
Dollah kembali 'beraksi', dilantik ketua jurulatih KL City

Dollah kembali ‘beraksi’ dalam Liga M selepas dilantik ketua jurulatih KL City.

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh akhirnya kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan selepas beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kuala Lumpur (KL) City.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah mengendalikan beberapa pasukan Liga M sebelum ini dengan pasukan terakhir yang dibimbingnya adalah Sri Pahang.

Tanpa menyatakan secara terpercinci mengenai kontrak Dollah, KL City dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pengendali berusia 62 tahun itu akan mengemudi skuad City Boys bagi menghadapi saingan musim 2026/2027.

"”‹Kehadiran Ishak Kunju dan Azmin Azram juga melengkapkan barisan kejurulatihan di bawah kendalian Datuk Dollah Salleh," menurut kenyataan KL City.

Selain kelab, Dollah juga pernah membimbing skuad kebangsaan Malaysia dari 2014 hingga 2015 dengan pencapaian terbaik yang diraih adalah muncul naib juara Piala AFF 2014.

Bagi peringkat kelab, Dollah pernah memacu MPPJ muncul sebagai pasukan kelab pertama memenangi Piala Malaysia pada 2003, selain turut membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2004.

Beliau juga membantu Selangor mengecapi beberapa kejuaraan pada 2005 termasuk memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Ketika bersama Pahang, Dollah menjulang Piala Malaysia pada 2013 dan Piala FA 2018 selain beliau turut memacu PDRM menjuarai saingan Liga Perdana 2014.

Video Terkini

Berita Berkaitan