ROSARIO, Argentina: Kapten Argentina, Lionel Messi pulang ke kampung halamannya di Rosario semalam selepas kekecewaan tewas pada final Piala Dunia.
Messi tiba di Lapangan Terbang Rosario dengan jet peribadi kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan bersama isteri serta tiga anak mereka, menurut sumber kerajaan tempatan kepada AFP.
Video yang disiarkan ESPN menunjukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna kelabu membawa Messi memasuki sebuah kawasan perumahan berpagar di bandar Funes.
Rumah milik Messi di kawasan pinggir bandar itu menjadi lokasi kebiasaannya setiap kali pulang ke Rosario, yang terletak di tengah Argentina.
Sebahagian besar pemain skuad Argentina bersama pengendali Lionel Scaloni tiba di Buenos Aires pada malam sebelumnya dan disambut ribuan penyokong yang bersorak, mengibarkan bendera serta tidak dapat menahan sebak.
Argentina tewas 1-0 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia, dengan Messi dilihat mengalirkan air mata selepas tamat perlawanan Ahad lalu.
Bintang berusia 39 tahun itu menamatkan kejohanan dengan lapan gol.
























