BH Online
Ringkasan Berita

Liga M 2026-2027 bermula 21 Ogos

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) 2026-2027 dengan aksi pembuka tirai membabitkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City dalam perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 21 Ogos depan.
Liga M 2026-2027 bermula 21 Ogos

MFL mengumumkan Liga M akan bermula 21 Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) 2026-2027 dengan aksi pembuka tirai membabitkan pertembungan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City dalam perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 21 Ogos depan.

Pertembungan juara bertahan Liga Super 12 kali berturut-turut, JDT dan naib juara Liga Super musim lalu, Kuching City bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu juga adalah perlawanan sulung Liga Super yang turut menawarkan mata bagi kedudukan liga.

Saingan perebutan kejuaraan Liga Super yang akan berlangsung hingga 23 Mei 2027 bakal membabitkan 12 kelab iaitu JDT, Kuching City, Selangor, Kuala Lumpur City, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan, Penang, Sabah, DPMM FC, Melaka FC dan pendatang baharu dari Liga A1, Kelantan Red Warrior FC.

"Bagi kejohanan Piala FA pula dijadual bermula pada 1 dan 2 September 2026 selepas majlis undian pada 10 Ogos 2026 dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada 16 Januari 2027.

"Manakala kejohanan berprestij Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-100 akan bermula pada 22 Januari 2027 dengan kemuncaknya pada 30 Mei 2027.

"Undian Piala Malaysia dijangka berlangsung pada 31 Disember 2026 yang mana akan membabitkan 12 kelab Liga Super dan empat kelab Liga A1, sama seperti kejohanan Piala FA," kata MFL dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, saingan Piala Cabaran MFL pula akan bermula dengan peringkat suku akhir pada 10 dan 11 Februari tahun depan yang mana dua aksi perlawanan akhir berlangsung pada 11 dan 18 April 2027.

Ia bakal membabitkan lapan kelab yang tidak layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia untuk bersaing merebut kejuaraan Piala Cabaran MFL.

"Seperti musim lalu, MFL kali ini turut mengeluarkan kalendar penuh bagi musim baharu 2026-2027 dengan perancangan penjadualan sudah mengambil kira Kalendar FIFA 2026–2027, Pertandingan AFF Hyundai Cup 2026, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Kejuaraan Kelab ASEAN," kata badan pengelola Liga M itu.

Beberapa perkara lain turut diambil kira MFL termasuk pergerakan logistik dan operasi video bantuan pengadil (VAR), kerja naik taraf beberapa venue perlawanan, tempoh rehat dan perjalanan kelab serta Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026–2027 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri.

MFL bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pindaan jadual akan berlaku memandangkan sesi undian ACLE dan ACL2 oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bakal diadakan pada 18 Ogos ini dengan membabitkan penyertaan JDT dan Kuching City.

"Bagi jadual membabitkan Kelantan Red Warrior FC pula, kelab itu tidak dapat beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu sepanjang Ramadan susulan ketetapan oleh Kerajaan Negeri," katanya MFL.

Video Terkini

Berita Berkaitan