BH Online
Ringkasan Berita

Bekas pemain Valencia B jadi penggempur terbaharu TFC

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kelab Valencia B dalam liga utama Sepanyol, Victor Ruiz menjadi ahli keluarga baharu Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2026/27.
Bekas pemain Valencia B jadi penggempur terbaharu TFC

Bekas pemain kelab Valencia B dalam liga Sepanyol, Victor Ruiz menjadi penggempur terbaharu Terengganu FC musim ini. FOTO/TFC

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kelab Valencia B dalam liga utama Sepanyol, Victor Ruiz menjadi ahli keluarga baharu Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2026/27.

Penyerang yang memulakan kariernya bersama pasukan remaja Valencia itu dilamar pihak pengurusan skuad Penyu selama semusim sehingga Mei 2027.

Menerusi kenyataan media rasmi kelab itu pada hari ini, bekas penggempur Kuala Lumpur City (KL City) FC musim 2025/26 itu secara rasmi menjadi pemain import kelima skuad kendalian Nafuzi Zain selepas Gervane Kastaneer, Habib Haroon, Manuel Ott dan Elvis Kamsoba.

"TFC terus melengkapkan persiapan pasukan menjelang saingan Liga M yang bakal bermula 21 Ogos ini apabila mengesahkan kehadiran penyerang import kuota bebas dari Sepanyol, Ruiz yang telah menandatangani kontrak selama setahun.

"Penyertaan Ruiz membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila bakal menyahut cabaran bersama TFC bawah kendalian Nafuzi.

"Pada masa sama kami mengharapkan pemain berketinggian 1.74 meter itu mampu menampilkan prestasi yang konsisten serta memberikan sumbangan positif kepada pasukan sepanjang tempoh kontraknya," demikian menurut kenyataan media rasmi kelab itu pada hari ini.

Berdasarkan rekod, pemain berusia 32 tahun itu pernah menyarung jersi sepuluh kelab berbeza bermula 2012 dengan merekod 44 jaringan.

Kehadiran pemain itu sudah pasti memberi pilihan seluas-luasnya buat barisan kejurulatihan selepas skuad itu mengekalkan bintang Curacao dalam saingan Piala Dunia 2026, Kastaneer serta membawa masuk bekas penyerang naturalisasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kebangsaan, Romel Morales.

Video Terkini

Berita Berkaitan