BH Online
Ringkasan Berita

KRW sedia tukar nama 'jika darurat'

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW) sedia menjenamakan semula pasukan sekiranya isu nama menjejaskan perjalanan pasukan.
KRW sedia tukar nama 'jika darurat'

Presiden Kelantan Red Warrior (KRW) , Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama sebahagian penaja dalam sesi pengenalan penaja KRW musim 2026/27 di Hotel Royal Guest House, Kota Bharu. NSTP/Nor Amalina Alias

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW) sedia menjenamakan semula pasukan sekiranya isu nama menjejaskan perjalanan pasukan.

Presidennya, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedia maklum berkenaan hasrat peminat untuk KRW menjenamakan semula nama dan logo pasukan yang sering terpalit dengan pasukan lama Kelantan FC.

Katanya, namun pasukan tidak merancang untuk menukar nama dan logo pasukan dalam tempoh terdekat.

"Majoriti masih ingin kekalkan nama dan logo keramat kami, kami capai kejayaan (di Liga A1 Semi Pro) juga dengan nama ini (KRW), kalau boleh kami nak kekalkan.

"Tetapi jika isu nama dan logo makin teruk, kami bersedia kalau perlu tukar, persediaan kami ada, tapi bersabar," katanya ketika ditemui dalam katanya ketika ditemui dalam Majlis Pengenalan Penaja di Royal Guest House, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, malah dengan nama KRW, pasukan menerima tawaran tajaan daripada Brunei dan beberapa tajaan besar daripada usahawan-usahawan Kelantan.

Katanya, sehingga kini pasukan menerima 23 penaja untuk mengharungi musim 2026/27 di saingan Liga Super.

KRW menjadi wakil tunggal pasukan Liga A1 berjaya ke pentas elit itu selepas PDRM FC menarik diri seterusnya melengkapkan 12 pasukan yang bertanding bagi musim 2026/27.

Video Terkini

Berita Berkaitan