BH Online
Ringkasan Berita

'Saya mahu tukar angin baharu' - Akhyar

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid berkelana ke Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi musim 2026-27.
'Saya mahu tukar angin baharu' - Akhyar

Bekas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid (kiri) sah milik Negeri Sembilan FC. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid berkelana ke Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi musim 2026-27.

Jelas bekas pemain kebangsaan itu, walaupun berat untuk meninggalkan bekas pasukannya itu, dia terpaksa 'berpisah' seketika dengan rakannya dalam skuad Penyu dalam usaha membuka lembaran baharu dalam kariernya.

"Sebenarnya penghijrahan saya bersama skuad Hobin Jang Hobin ini adalah untuk tukar angin baharu selepas lebih dua tahun beraksi bersama TFC.

"Harap kehadiran saya bersama pasukan ini (NSFC) mampu memberikan impak yang lebih positif kerana kita tahu NSFC bukannya calang-calang pasukan.

"Pada masa sama dengan penampilan saya nanti bersama pasukan, harap mendapat sokongan semua pihak terutama peminat dan juga rakan sepasukan," kata pemain sayap lincah itu.

Mengulas lanjut, pemain kelahiran Kedah itu menuntut peminat setia skuad itu terus hadir ke stadium untuk memberikan sokongan padu sebagaimana sebelum ini.

"Penyokong pasukan NSFC sebelum ini antara yang ramai ke stadium, harap pada musim baharu nanti mereka terus kekal menyokong kami," katanya.

Terdahulu pihak pengurusan TFC melepaskan pemain berusia 27 tahun itu secara pinjaman kepada NSFC kerana kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Selain Akhyar, skuad NSFC itu juga turut diperkuatkan dua bekas pemain tonggak TFC - Hairiey Hakim Mamat yang beraksi di posisi pertahanan kiri dan pemain tengah, Akram Mahinan.

Berdasarkan rekod, Akhyar mula menyarung jersi TFC sejak tahun 2024 secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum bergelar pemain tetap TFC setahun kemudian dengan kontrak sehingga tahun 2027.

Video Terkini

Berita Berkaitan