BH Online
Ringkasan Berita

KRW sah sertai Liga Super 2026/27

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW) mengesahkan tempat di Liga Super 2026/27 selepas PDRM FC menarik diri.
KRW sah sertai Liga Super 2026/27

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW) mengesahkan tempat di Liga Super 2026/27 selepas PDRM FC menarik diri.

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebentar tadi.

Dalam kenyataan itu, MFL memaklumkan, kelab Liga A1 Semi-Pro itu sudah melengkapkan segala dokumen bagi kriteria kewangan untuk dipromosikan ke Liga Super.

Kelab yang berpengkalan di Kota Bharu itu juga lebih bersedia berbanding UM Damansara United FC (tangga ke6 Liga A1) dan Bunga Raya FC (tangga ke 12 Liga A1) yang turut mengemukakan permohonan ke Liga Super selepas mendapat Lesen Kebangsaan Luar Biasa daripada First Instance Body (FIB).

Manakala, Armed Forces FC pula tidak memohon untuk bertanding dalam Liga Super musim depan.

Menurut kenyataan lagi, PDRM FC menghantar surat penarikan diri kepada MFL semalam dengan mengambil kira faktor mahu memberi fokus kepada penstrukturan semula pengurusan kelab.

Dengan keputusan itu, KRW yang berada di tangga ke 4 Liga A1 Semipro melengkapkan jumlah 12 pasukan yang akan bertanding pada Liga Super musim 2026/27 yang akan bermula 1 Ogos ini.

Sebelas lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuching City, Selangor, Kuala Lumpur City, Terengganu, Star City (sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC), Negeri Sembilan, Penang, Sabah, PDMM dan Melaka FC.

Video Terkini

Berita Berkaitan