BH Online
Ringkasan Berita

Rosle sudah tiada

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Teknikal Penang FC, Rosle Md Derus, meninggal dunia hari ini selepas diserang strok.
Rosle sudah tiada

Bekas Pengarah Teknikal Penang FC, Rosle Md Derus, meninggal dunia hari ini selepas diserang strok. - Foto Penang FC

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Teknikal Penang FC, Rosle Md Derus, meninggal dunia hari ini selepas diserang strok.

Berita itu disahkan Penang FC yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh komuniti bola sepak yang pernah mengenali jasa dan sumbangan beliau.

"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga," menurut kenyataan rasmi Penang FC.

Selain pernah menabur bakti bersama Harimau Kumbang, Allahyarham juga yang dikenali sebagai jurulatih Olie pernah berkhidmat bersama Kedah Darul Aman FC sebagai jurulatih pasukan itu.

Video Terkini

Berita Berkaitan