BH Online
Ringkasan Berita

Azman kemudi AGM KAFA

KOTA BHARU: Bekas pengurus pasukan Kelantan FA,Datuk Azman Ismail dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden bagi mengemudi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang dijangka September ini.
Azman kemudi AGM KAFA

Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman (kiri) bersalaman dengan pemangku Timbalan Presiden KAFA, Datuk Azman Ismail (kanan) pada mesyuarat bersama jawatankuasa eksekutif KAFA 2019-2023 di Kota Bharu. Foto: NSTP/Nor Amalina Alias

KOTA BHARU: Bekas pengurus pasukan Kelantan FA,Datuk Azman Ismail dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden bagi mengemudi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang dijangka September ini.

Pelantikan Azman dibuat pada mesyuarat hasil persetujuan bersama 10 jawatankuasa eksekutif KAFA tahun 2019-2023 yang diadakan di Sky View, Pintu Geng malam tadi.

Azman berkata, persatuan bola sepak itu perlu segera mengadakan AGM bagi meneruskan pembangunan bola sepak Kelantan yang tertunda sejak sekian lama.

Katanya, KAFA perlu dihidupkan semula bagi memastikan aktiviti bola sepak di negeri ini mempunyai badan induk mewakili negeri sebagai ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya sangat mengharapkan mesyuarat agung ini dapat diselesaikan dalam masa singkat bagi meneruskan agenda-agenda KAFA yang sudah kita rancang dan ada yang tergendala," katanya ketika ditemui di Kota Bharu.

Azman yang juga bekas pemain Kelantan tahun 1989 hingga 1995 sebelum berhijrah ke Terengganu berkata, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman pula akan mengetuai jawatankuasa bebas bagi mengendalikan mesyuarat agung persatuan itu.

Sebelum ini KAFA digantung keahlian FAM susulan pengendalian AGM dan pemilihan jawatankuasa eksekutif persatuan pada 23 Disember 2024 didapati tidak sah dan melanggar statut FAM.

Video Terkini

Berita Berkaitan