BH Online
Ringkasan Berita

Irfan kekal kemudi KRW

KOTA BHARU:Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim kekal menjadi ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW) bagi saingan Liga Malaysia,musim depan.
Irfan kekal kemudi KRW

Ketua Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim sah kekal kemudi Kelantan Red Warrior (KRW) bagi musim 2026/27. Foto: KRW

KOTA BHARU:Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim kekal menjadi ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW) bagi saingan Liga Malaysia,musim depan.

Pengumuman dibuat pengurusan susulan tandatangan kontrak baharu bersama jurulatih berusia 75 tahun itu bagi musim 2026/27.

Menurut pengurusan, pihak pasukan merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada beliau atas pencapaian cemerlang skuad di bawah bimbingannya sepanjang mengharungi saingan Liga A1 musim ini.

"Pihak kelab sedia meneruskan khidmat beliau sekali gus berhasrat membina skuad terbaik untuk bersaing dengan kelab lain pada masa akan datang.

"Kami juga yakin dengan kemampuan jurulatih berpengalaman ini dapat membawa KRW ke peringkat yang lebih tinggi," kata pengurusan.

Hasil 'air tangan' Irfan, KRW berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke empat liga daripada 13 pasukan yang bertanding.

Kedudukan baik itu dijangka turut memberi peluang cerah untuk pasukan ke Liga Super sekiranya mendapat kelulusan dan melalui pelesenan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Bagaimanapun keputusan kelab yang bakal naik pangkat (ke Liga Super) akan diketahui Julai ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan