BH Online
Ringkasan Berita

Abdul Rahman tinggalkan Selangor

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Abdul Rahman Daud membuat keputusan besar dalam kariernya apabila mengumumkan perpisahan dengan Selangor FC selepas empat musim bersama gergasi Merah Kuning itu.
Abdul Rahman tinggalkan Selangor

Abdul Rahman (depan) tinggalkan Selangor selepas empat musim bersama Red Giants.

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Abdul Rahman Daud membuat keputusan besar dalam kariernya apabila mengumumkan perpisahan dengan Selangor FC selepas empat musim bersama gergasi Merah Kuning itu.

Pemain skuad Malaysia bawah 23 (B-23) tahun itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram sambil mengakui keputusan terbabit bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Abdul Rahman bagaimanapun percaya langkah meninggalkan Selangor adalah pilihan terbaik demi memastikan kariernya terus berkembang dan bergerak ke tahap lebih tinggi.

"Saya telah membuat keputusan untuk terus mengejar impian saya di kelab lain dan sejujurnya, ini salah satu keputusan yang paling sukar yang pernah saya buat.

"Tetapi demi kemajuan peribadi saya, saya rasa masanya sudah tepat," katanya.

Pada masa sama, Abdul Rahman turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan dan barisan kejurulatihan Selangor yang banyak membantu sepanjang tempohnya bersama kelab itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus Selangor FC dan semua staf jurulatih yang telah membimbing saya dan membantu saya sepanjang empat musim di sini.

"Terima kasih atas kepercayaan, semua sokongan dan ilmu yang anda berikan kepada saya," katanya lagi.

Selain itu, penyerang terbabit mengakui terkilan kerana gagal membantu Selangor II menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro dengan trofi kejuaraan musim ini.

"Saya berasa sedih kerana kita tidak dapat menamatkan musim dengan kejuaraan dan juga berasa sedih kerana saya tidak dapat menubuhkan diri saya sebagai pemain utama di sini secara kekal.

"Tetapi saya berasa bangga dengan apa yang kita capai bersama terutamanya dengan semua cabaran yang kita hadapi," katanya.

Rahman sebelum ini tampil cemerlang dalam saingan Liga A1 Semi-Pro apabila muncul penjaring kedua terbanyak musim ini dengan 24 gol sekali gus membuktikan ketajamannya di depan pintu gol.

Dia kini dilaporkan semakin hampir menyertai Negeri Sembilan FC bagi menghadapi musim baharu.

Jika perpindahan itu dimuktamadkan, Rahman bakal bersaing merebut tempat bersama Joseph Esso dan Luqman Hakim Shamsudin di jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin itu.

Video Terkini

Berita Berkaitan