BH Online
Ringkasan Berita

JDT terus ikat Afiq Fazail

KUALA LUMPUR: Tonggak tengah kebangsaan, Afiq Fazail terus mengikat komitmen bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila sah melanjutkan kontrak bersama Harimau Selatan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua musim lagi.
JDT terus ikat Afiq Fazail

Kapten JDT, Afiq Fazail ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-26 menentang Kuching City di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Tonggak tengah kebangsaan, Afiq Fazail terus mengikat komitmen bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila sah melanjutkan kontrak bersama Harimau Selatan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua musim lagi.

Perkembangan itu diumumkan sendiri pihak pengurusan JDT dengan proses menandatangani kontrak baharu pemain berusia 31 tahun itu turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Luis Garcia.

"Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail telah melanjutkan kontrak untuk dua musim lagi.

"Dia muncul pemain paling banyak melakukan penampilan bersama Harimau Selatan sejak debutnya pada Januari 2017," menurut kenyataan kelab itu.

Sejak menyertai JDT dan membuat penampilan pertama pada Januari 2017, Afiq sudah merekodkan 272 penampilan bersama skuad Harimau Selatan.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan beliau mengatasi rekod 270 penampilan yang sebelum ini dipegang bekas kapten Malaysia, Safiq Rahim.

Rekod baharu berkenaan dilakar ketika aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Malah, Afiq turut mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi pemain pertama JDT yang tampil dalam tujuh final Piala Malaysia sejak 2017.

Langkah JDT mengekalkan pemain tengah berpengalaman itu jelas membuktikan kesungguhan kelab berkenaan untuk terus mempertahankan tonggak utama mereka demi memastikan dominasi Harimau Selatan dapat diteruskan pada musim akan datang.

Video Terkini

Berita Berkaitan