BH Online
Ringkasan Berita

Irfan yakin KRW menang dua baki aksi

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim berasa yakin pasukannya mampu menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini dengan dua kemenangan berturut-turut.
Irfan yakin KRW menang dua baki aksi

Pengendali KRW, Irfan Bakti Abu Salim (kanan) memantau anak buahnya beraksi pada Liga A1 Semi-Pro baru-baru ini. – Foto Kelantan Red Warrior FC

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim berasa yakin pasukannya mampu menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini dengan dua kemenangan berturut-turut.

Pengendali berusia 75 tahun itu berkata, semangat dan moral pemain berada pada tahap terbaik menjelang dua aksi terakhir menentang Imigresen FC II esok serta Bunga Raya FC pada 23 Mei ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Menurutnya, semua pemain berada dalam keadaan bersedia kecuali Latiff Suhaimi yang digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika aksi menentang Kelantan WTS baru-baru ini.

"Persiapan kami seperti biasa dan saya lihat semangat serta moral pemain sangat baik.

"Saya rasa Insya-Allah kami mampu meraih kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu," katanya.

Skuad KRW kini menjalani latihan intensif sepanjang minggu ini bagi memastikan aspek fizikal, taktikal dan mental pemain berada pada tahap terbaik menjelang penutup musim.

Ketika ini, KRW menghuni tangga keempat liga namun masih berpeluang menamatkan saingan di tempat ketiga jika berjaya memintas Kedah FA yang hanya dibezakan satu mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan