BH Online
Ringkasan Berita

Malek Rahman kahwin Dang Suria

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin sekali lagi mencuri perhatian apabila dipercayai selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman, semalam.
Malek Rahman kahwin Dang Suria

Malek Rahman selamat mendirikan rumah tangga bersama Dang Suria semalam. - Foto Malek Rahman

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin sekali lagi mencuri perhatian apabila dipercayai selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman, semalam.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Dang Suria, teka-teki itu seakan terjawab apabila Malek sendiri memuat naik foto pernikahan mereka menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam kapsyen yang ditulis, Malek meluahkan rasa syukur atas peluang kedua yang dikurniakan dalam hidupnya.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.

"Semoga ikatan cinta dua hati ini kekal sehingga jannah," katanya.

Lebih mencuri tumpuan, bekas pemain Selangor FC itu turut berseloroh mengumumkan dirinya kini sudah 'off market', sekali gus mengesahkan status terkininya.

"Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah 'off market'," katanya lagi.

View on Threads

Majlis pernikahan pasangan itu dilihat berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh makna apabila kedua-duanya mengenakan busana serba putih.

Untuk majlis resepsi pula, mereka tampil sedondon dalam rona hitam yang menyerlahkan aura elegan.

Menerusi perkongsian sama, Malek turut mendedahkan jumlah mas kahwin yang diterima Dang Suria iaitu sebanyak RM7,000.

Tidak ketinggalan, beliau menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

"Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat dunia akhirat dan seluruh kelana yang hadir memeriahkan majlis penuh barakah ini," katanya.

Sebelum ini, Dang Suria pernah melalui episod duka apabila dilaporkan bercerai dengan suaminya, Abu Bakar Atan pada Oktober 2004 selepas kira-kira empat tahun mendirikan rumah tangga.

Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penulis lirik, Ad Samad, namun hubungan itu turut berakhir dengan perpisahan.

Video Terkini

Berita Berkaitan