KUALA LUMPUR: Bintang Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman Hanapi sekali lagi menghiburkan peminat apabila satu video tular di TikTok memaparkan dia bersantai sambil mengemudi sebuah kapal.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu kini semakin meluaskan pengaruhnya dengan pelbagai aktiviti luar jangkaan.
Sebelum ini, tonggak Harimau Malaya itu dilantik sebagai duta sebuah jenama baju Melayu terkemuka, dan video yang tular menarik perhatian ramai terhadap penampilan segak dan bergaya.
Selain itu, pemain berusia 23 tahun ini juga pernah mencuri tumpuan netizen dengan kemahiran memasak burger yang menjadi viral di media sosial.
@arifaiman42_ Rumah Ke Rumah - Hindia
Arif Aiman kini menantikan masa untuk kembali memperkuat Harimau Selatan selepas melalui fasa pemulihan kecederaan hamstring tahun lalu.
Beliau menerima rawatan daripada doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan selepas hanya sempat beraksi lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.
Kepulangannya sangat dinantikan oleh penyokong setia skuad kebangsaan dan pasukan bimbingan Xisco Munoz.
Menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit, ramai mula berharap kehadiran Arif Aiman mampu menambah kekuatan pasukan menghadapi kelab-kelab terkemuka dari dunia Arab.
























