GUA MUSANG: Penampilan kemas, komunikasi berhemah dan keyakinan diri bukan lagi sekadar nilai tambah, sebaliknya menjadi elemen penting yang mencerminkan profesionalisme seseorang, khususnya dalam kalangan penjawat awam.
Malah, aspek keterampilan turut memainkan peranan besar kepada suri rumah sebagai individu yang menjadi tulang belakang keluarga dalam membentuk imej serta keyakinan pasangan dan anak-anak.
Seiring itu, Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dengan kerjasama Persona Karisma Event Planner mendapat sambutan menggalakkan daripada penjawat awam serta suri rumah di sekitar daerah ini.
Program selama empat jam itu dikendalikan secara santai oleh Perunding Imej, Azmin Marzukhi yang berkongsi pelbagai ilmu berkaitan pembentukan personaliti, etika profesional, komunikasi dan penampilan bagi membantu peserta tampil lebih yakin dalam urusan harian serta ketika berhadapan dengan masyarakat.
Pengerusi PERKEP IPD Gua Musang, May Soluman, berkata program berkenaan diadakan secara percuma sebagai usaha memberi pendedahan kepada penjawat awam dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga imej serta keterampilan diri.
Beliau berharap bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
"Selain ahli PERKEP IPD Gua Musang yang terdiri daripada suri rumah, program ini turut disertai penjawat awam daripada pelbagai agensi di daerah ini.
"Walaupun bergelar suri rumah, mereka memainkan peranan penting dalam institusi keluarga, termasuk menjadi pendorong kepada suami agar sentiasa tampil kemas, berkeyakinan dan berimej positif ketika berurusan dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Sementara itu, Azmin berkata, bengkel itu bertujuan membantu peserta membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan penampilan profesional.
Seramai 106 peserta lelaki dan wanita menyertai program itu yang dibahagikan kepada dua sesi.
"Bagi sesi pertama, penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita kerana ilmu berkaitan personaliti serta keterampilan diri diperlukan oleh semua golongan.
"Sesi kedua pula memfokuskan kepada 'Grooming Penampilan Wanita' yang dikhususkan kepada peserta wanita.
"Antara pengisian utama bengkel ialah teknik pengucapan awam bagi meningkatkan keyakinan ketika berucap di hadapan khalayak, selain etika menjawab panggilan telefon termasuk penggunaan intonasi dan sapaan yang mampu membentuk imej positif sesebuah jabatan," katanya.
-----------------------
Bergelar penjawat awam walaupun di mana-mana bahagian atau agensi memerlukan mereka untuk sentiasa trampil seiring dengan menjaga 'air muka' jabatan masing-masing.
Namun, tidak hanya kepada yang berkerja, suri rumah juga memerlukan suntikan ilmu tentang personaliti dan ketrampilan diri, bukan sahaja untuk diri sendiri tapi membantu suami masing-masing tampil lebih trampil dan berkeyakinan.
Menyedari pentingnya menjaga aspek keterampilan diri, Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri, anjuran Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang PERKEP dengan kerjasama Persona Karisma Event Planner mendapat sambungan menggalakkan daripada penjawat awam dan suri rumah di sekitar daerah ini.
Program yang berlangsung selama empat jam itu dikendalikan oleh Perunding imej, Azmin Marzukhi secara santai bagi membantu penjawat awam dan suri rumah yang menyertainya tampil lebih trampil dan berkeyakinan.
Menurut Pengerusi Perkep IPD Gua Musang, May Soluman program terbabit diadakam secara percuma kepada semua penjawat awam dan orang ramai di sekitar daerah ini.
Katanya, dia sangat gembira apabila program yang pertama kali dianjurkan oleh persatuan itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Selain menerima penyertaan daripada golongan suri rumah daripada Perkep IPD Gua Musang, program ini turut di sertai oleh penjawat awam daripada perlbagai agensi di daerah ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada peserta yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk menyertai program ini serta kepada Persona Karisma Event Planner kerana sudi berkerja sama dengan kami.
"Semoga penganjuran program ini akan memberi manfaat kepada penjawat awam dan suri rumah yang hadir pada hari ini. Walaupun bergelar suri rumah mereka adalah insan dan tonggak utama kepada keluarga terutama suami mereka untuk tampil lebih trampil dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pada program terbabit.
Sementara itu, Azmin berkata, program terbabit diadakan untuk membantu peserta membina keyakinan diri ketika berkerja dan bersama masyarakat.
Katanya, sepanjang program berlangsung pelbagai perkongsian menarik di kongsi bersama 106 peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
"Untuk sesi pertama kita tidak mengehadkan jantina peserta, golongan lelaki juga boleh hadir dan mendengar perkongsian daripada kami kerana mereka juga memerlukan ilmu berkaitan personaliti dan keterampilan diri.
"Bagi sesi kedua, 'grooming penampilan seorang wanita' hanya terhad kepada golongan wanita sahaja dan turut diadakan cabutan bertuah.
"Antara perkongsian kami pada program ini adalah pengucapan awam untuk membina keyakinan diri ketika perlu berucap di hadapan. Selain itu turut dikongsikan Etika Menjawab Panggilan Telefon iaitu cara intonasi dan sapaan pertama yang mencorak imej jabatan," katanya.
























