BH Online
Ringkasan Berita

Kesihatan usus kunci imuniti anak kelahiran Czer

KUALA LUMPUR: Trend kelahiran melalui pembedahan Caesarean (Czer) di Malaysia yang kini mencecah 26 peratus menuntut kesedaran lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa mengenai penjagaan nutrisi dan kesihatan usus kanak-kanak.

KUALA LUMPUR: Trend kelahiran melalui pembedahan Caesarean (Czer) di Malaysia yang kini mencecah 26 peratus menuntut kesedaran lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa mengenai penjagaan nutrisi dan kesihatan usus kanak-kanak.

Kadar itu, yang melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 10 hingga 15 peratus, menjadi fokus utama sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean.

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, yang dilantik sebagai duta jenama pertama Aptamilâ„¢ KID di Malaysia, menekankan kepentingan keibubapaan berasaskan bukti (evidence-based parenting) dalam memastikan tumbuh tumbesaran anak yang optimum.

Imuniti bermula di usus

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, menjelaskan usus adalah asas kepada sistem imun memandangkan 70 peratus hingga 80 peratus sel imun terletak di bahagian berkenaan.

"Kajian menunjukkan kanak-kanak kelahiran Czer mungkin mempunyai tahap bakteria baik yang lebih rendah bermula usia satu tahun ke atas. Ketidakseimbangan ini boleh berlarutan selama beberapa tahun," katanya.

Beliau menambah, sokongan nutrisi yang tepat melalui gabungan probiotik dan prebiotik adalah penting untuk membina keseimbangan usus yang berkesan.

Dr Nisa turut menangkis tanggapan bahawa penggunaan probiotik atau prebiotik secara tunggal sudah memadai. Sebaliknya, gabungan sinergi kedua-duanya menghasilkan kesan sinbiotik yang lebih efektif untuk menyokong imuniti jangka panjang.

Bagi Bella, pengalamannya sebagai ibu mendorongnya untuk lebih teliti dan tidak hanya mengikut trend media sosial semata-mata.

"Saya mahu faham kualiti, sains dan kandungan di sebalik sesuatu produk. Apabila sesuatu itu disokong bukti klinikal seperti Synbio+ dalam Aptamilâ„¢ KID C-SynB, ia memberi saya keyakinan sebagai ibu," katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng, berkata kerjasama dengan Bella bertujuan memperkasakan ibu bapa dengan ilmu saintifik bagi memenuhi keperluan pemakanan anak-anak.

Aptamilâ„¢ KID C-SynB adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak pertama dan tunggal di Malaysia yang terbukti mengandungi gabungan Synbio+ untuk menyokong kesihatan usus serta imuniti anak kelahiran Czer berumur satu tahun ke atas.

Video Terkini

Berita Berkaitan