BH Online
Ringkasan Berita

Filem Gayong 2 jengah pawagam 9 April, Beto terus galas figura tokoh legenda

KUALA LUMPUR: Filem ‘Gayong 2’ bakal ditayangkan di pawagam mulai 9 April ini, selepas filem pertamanya pada tahun lalu berjaya mencatat kutipan lebih RM4 juta.
Filem Gayong 2 jengah pawagam 9 April, Beto terus galas figura tokoh legenda

(Gambar fail) Pelakon, Beto Kusyairy. - NSTP/ROHANIS SHUKRI

KUALA LUMPUR: Filem 'Gayong 2' bakal ditayangkan di pawagam mulai 9 April ini, selepas filem pertamanya pada tahun lalu berjaya mencatat kutipan lebih RM4 juta.

Menurut Media Prima Content & Television Networks dalam satu kenyataan, hari ini, filem itu dijangka tampil dengan skala lebih besar melalui penceritaan lebih mendalam serta aksi lebih mendebarkan.

Menurut syarikat itu, menerusi filem pertama, penonton dibawa menyelami perjalanan awal Pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman, dalam mempertahankan maruah, warisan dan jati diri melalui ilmu persilatan.

"Kisah perjuangan, pengorbanan serta semangat bangsa yang diangkat bukan saja menyentuh emosi, malah meninggalkan impak cukup mendalam kepada penonton.

"Gayong 2 menjanjikan pengalaman lebih menyeluruh, menghiburkan dan pada masa sama, meninggalkan kesan berpanjangan kepada penonton.

"Ini adalah kesinambungan yang dinanti dan diyakini mampu mengatasi jangkaan," menurut kenyataan itu.

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu sekali lagi dihidupkan oleh pelakon, Beto Kusyairy yang dijangka terus membawa dimensi baharu kepada figura seorang tokoh legenda yang begitu dekat dengan warisan dan identiti budaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari platform media sosial rasmi Primeworks Studios.

Video Terkini

Berita Berkaitan