BH Online
Ringkasan Berita

Luahan Amyza rindu arwah Andre undang sebak

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah lima bulan berlalu sejak anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 20, meninggal dunia pada 23 Februari lalu, namun, kerinduan dirasakan Amyza Aznan, 50, tidak pernah berkurang.
Luahan Amyza rindu arwah Andre undang sebak

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah lima bulan berlalu sejak anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 20, meninggal dunia pada 23 Februari lalu, namun, kerinduan dirasakan Amyza Aznan, 50, tidak pernah berkurang.

Kesedihan hati seorang ibu sepertinya yang berhadapan ujian berat dalam kehidupan sukar digambar melainkan sangat difahami oleh individu pernah melalui situasi sama kehilangan insan tersayang.

Menerusi hantaran video dimuatnaik Amyza di Instagram (IG) dengan berlatarkan lagu Gelombang nyanyian Salamiah Hassan, cukup membuatkan sesiapa yang menonton terutama wanita bergelar ibu berasa sebak dan sayu.

"Hello...Assalammualaikum Andre Mikhail... Sudah 5 bulan mommy call, text Andre, tapi tak jawab. Mommy rindu ANAK!!!," tulisnya berserta emoji linangan air mata dan hati terbelah dua.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya meninggalkan komen sedih serta berbaur semangat kepada Amyza agar terus kuat dan tabah menghadapi 'kehilangan' berkenaan.

"Hantar pelukan kepada awak," tulis penyanyi Nurul Depp.

"Anak hilang depan mata kejap pun teringat bagai nak gila, apatah lagi hilang selamanya," komen seorang warganet.

"Kadang kita memang redha... Kita ikhlas, kita terima kenyataan. Cuma rindu yang buat kita sedih," ujar netizen.

"Betullah sakitnya rindu pada insan yang sudah pergi selamanya," kata wargamaya.

"Allah pilunya hati... Rindu ini memang berat dan susah nak baik. Semoga Amyza tabah," luah pengguna media sosial.

Allahyarham Andre Mikhail yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada Februari tahun lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Tidak hanya itu, Amyza terus diduga dengan keadaan kesihatan anak keduanya, Adrian Adam Kharil Izhar, 18, yang disahkan menghidap kanser tulang pada awal Februari lalu.

Adrian difahamkan perlu menjalani kira-kira 80 sesi rawatan tertentu di hospital dalam tempoh empat bulan yang perbelanjaan kos keseluruhan rawatan mencecah RM53,000.

Bagaimanapun, kos rawatan Adrian itu mendapat bantuan ramai menerusi inisiatif kutipan tabung dana sumbangan dilakukan pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi pada Mei lalu.

Pada siaran langsung pernah dibuat Amyza di IG, ibu tiga cahaya mata lelaki itu memaklumkan dia turut menghadapi kesan emosi mendalam apabila sentiasa mengenangkan serta berfikir keadaan kesihatan Adrian selepas mendengar rintihan kesakitan dialami hampir setiap hari.

Video Terkini

Berita Berkaitan