BH Online
Ringkasan Berita

Fatima gembira Fattah, Fazura saksi persembahan

KUALA LUMPUR: Anak selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya berkongsi detik bermakna apabila sambutan hari kebudayaan di sekolah tahun ini, diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapanya.
Fatima gembira Fattah, Fazura saksi persembahan

Fatima bersama bapa, Fattah dan ibunya, Fazura pada sambutan hari kebudayaan di sekolah. Foto IG Nur Fatima Aisya

KUALA LUMPUR: Anak selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya berkongsi detik bermakna apabila sambutan hari kebudayaan di sekolah tahun ini, diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapanya.

Menerusi hantaran Instagram (IG), Fatima, 6, meluahkan rasa teruja dan syukur apabila berpeluang meluangkan masa bersama Fattah dan Fazura sepanjang program berkenaan.

Malah, Fatima yang membahasakan diri Nyamma, menyifatkan sambutan itu sebagai antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya.

"Saya ada detik yang paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy (Fazura) dan daddy (Fattah).

WhatsApp Image 2026-07-25 at 6.49.20 PM
Fatima yangg membahasakan diri Nyamma, menyifatkan sambutan hari kebudayaan di sekolah sebagai antara kenangan paling bermakna dalam hidup apabila dihadiri ibu bapa. Foto IG Nur Fatima Aisya

"Saya sangat gembira kerana berjaya membuatkan mereka bangga dengan persembahan saya," tulisnya.

Fatima turut berkongsi dia menyediakan hidangan berupa sandwic untuk ibunya dan yogurt buah-buahan buat bapanya. Selain itu, kedua-dua mereka juga berpeluang melihat hasil kraftangan yang dihasilkannya di sekolah.

"Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy. Mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraftangan saya di sekolah hari ini," katanya.

Dalam hantaran sama, Fatima meluahkan keterujaan untuk melangkah ke tahun satu, tahun hadapan.

"Saya semakin teruja untuk terus belajar sebagai persediaan melangkah ke tahun satu pada tahun hadapan. Alhamdulillah, terima kasih sentiasa Allah," tulisnya.

Fatima turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama kedua-dua ibu bapanya sepanjang sambutan berkenaan.

Menerusi perkongsian itu, Fattah dan Fazura juga dilihat berjalan beriringan sambil memimpin tangan puteri mereka.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai pada 7 Oktober 2024.

Fattah kemudian mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Amira Othman, pada 14 September 2025. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar, yang kini berusia sebulan.

Video Terkini

Berita Berkaitan