BH Online
Ringkasan Berita

Shaheizy Sam lega Zizie Izette bebas kes jenayah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam bersyukur kakaknya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, 48, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan jenayah membabitkan pelaburan dalam unit amanah, baru-baru ini.
Shaheizy Sam lega Zizie Izette bebas kes jenayah

Duta keluarga Mr D.I.Y, Shaheizy Sam ketika hadir pada majlis pelancaran aplikasi Mr D.I.Y Club di pusat membeli-belah Mytown, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam bersyukur kakaknya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, 48, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan jenayah membabitkan pelaburan dalam unit amanah, baru-baru ini.

Sam berkata, sebagai adik, dia bimbang terhadap nasib kakaknya berdepan pertuduhan seorang diri selepas suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin meninggal dunia, pada 5 Disember tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya sudah selesai dengan keputusan yang berpihak kepada dia (Zizie). Tidak dinafikan, saya risau juga sebab dia pun sudah tiada suami dan anak-anak juga masih kecil.

"Saya tengok Zizie keadaannya nampak okay. Mungkin depan kita, dia bersikap macam itu kerana tidak mahu adik-beradik risau, tetapi di belakang, saya pun tidak tahu.

"Cuma, dia (Zizie) sekarang nampak lebih bekerja keras dan bersemangat demi anak-anak," katanya ketika hadir pada majlis pelancaran MR DIY Club di pusat membeli-belah di Cheras, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Zizie berkongsi apa-apa dengannya sepanjang menghadapi proses perbicaraan kes terbabit, Sam berkata, kakaknya dilihat tenang, positif dan biasa sahaja menguruskan kehidupan hariannya.

"Saya tengok mentaliti dia (Zizie) memang kuat sekarang. Mungkin dari segi pemikiran dia pun sendiri sudah jauh berubah bila harus berhadapan keadaan seperti kes itu dengan tenang.

"Apa pun, dia memang tidak berkongsi apa-apa. Bagi saya, tidak mengapa kalau Zizie tak berkongsi sebab mungkin dia juga sudah reda," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan