BH Online
Ringkasan Berita

Azar lebih rela anak diasuh kakak sendiri

PUTRAJAYA: Melihat kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak terus dilapor media, menyebabkan pelakon, Azar Azmi berdepan isu kepercayaan sehingga enggan menghantar dua anak kepada pengasuh.
Azar lebih rela anak diasuh kakak sendiri

Azar lebih yakin menyerahkan tanggungjawab menjaga dua cahaya matanya yang berusia tiga dan empat tahun kepada darah dagingnya sendiri, iaitu kakak. Foto NSTP/Aziah Azmee

PUTRAJAYA: Melihat kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak terus dilapor media, menyebabkan pelakon, Azar Azmi berdepan isu kepercayaan sehingga enggan menghantar dua anak kepada pengasuh.

Azar atau nama penuh, Azar Ameerah Azmi, 37, lebih yakin menyerahkan tanggungjawab menjaga dua cahaya matanya yang berusia tiga dan empat tahun kepada darah dagingnya sendiri, iaitu kakak.

"Kakak yang jaga kedua-dua anak saya. Kakak saya tidak bekerja. Saya ada 'trust issue' kerana terlalu banyak kes membabitkan kanak-kanak yang kita baca. Bagi saya, kanak-kanak tidak bersalah dan mereka tidak tahu apa-apa.

"Kita sebagai orang dewasa yang sepatutnya mendidik dan melindungi mereka," katanya ditemui pada sidang media drama Bulan Henti Bicara di Bizmilla Putrajaya di sini, semalam.

Ditanya sama ada dia pernah berdepan pengalaman buruk dengan pengasuh, Azar menafikan perkara itu. Namun, pelbagai agai laporan yang dibaca sedikit sebanyak memberi kesan terhadap fikirannya.

"Tidak pernah cuma ini lebih kepada impak daripada apa yang saya baca dan lihat.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku di belakang kita. Apabila keluar bekerja, fikiran mula tertanya-tanya sama ada anak dijaga dengan baik atau tidak.

"Saya tahu tidak adil untuk menyamakan semua orang, tetapi perkara seperti itu sudah tersemat dalam fikiran saya sehingga membuatkan saya sentiasa berfikir yang bukan-bukan," ujarnya.

Azar berkata, dia juga belum merancang menghantar anak-anaknya ke sekolah buat masa ini, sebaliknya memilih kaedah pendidikan di rumah terlebih dahulu.

Azar mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri pada 2021.

Video Terkini

Berita Berkaitan