BH Online
Ringkasan Berita

Nurel Baharin naik pelamin minggu depan

PETALING JAYA: Pelakon, Nurel Baharin berkongsi khabar gembira apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada minggu depan selepas kira-kira setahun menjalinkan hubungan.
Nurel Baharin naik pelamin minggu depan

Nurel berkata keputusan berkahwin pada usia 24 tahun mendapat restu kedua-dua keluarga. Foto NSTP Rohanis Shukri

PETALING JAYA: Pelakon, Nurel Baharin berkongsi khabar gembira apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada minggu depan selepas kira-kira setahun menjalinkan hubungan.

Nurel atau nama lengkapnya, Nurelyana Baharin, 24, berkata bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan menunjukkan kesungguhan untuk menghalalkan hubungan mereka sehingga berjaya meyakinkan kedua-dua keluarga.

Juara Dewi Remaja 2023 itu berkata, kesungguhan bakal suaminya untuk bertemu ahli keluarga dalam tempoh singkat menjadi antara faktor utama yang meyakinkannya menerima lamaran.

"Perkenalan kami amat singkat. Saya kenal dia selama setahun dan dalam tahun yang sama juga kami membuat keputusan untuk berkahwin. Majlis merisik pula diadakan pada November tahun lalu.

"Kesungguhan dia yang tidak pernah berhenti untuk menghalalkan saya membuatkan saya yakin dengannya. Dia sanggup berjumpa keluarga. Hari kedua kami berjumpa, dia sudah berkenalan dengan ibu saya.

"Selang beberapa hari, dia pula berjumpa adik-beradik saya. Dia ada perancangan sendiri bila hendak berjumpa orang terdekat saya. Keluarga saya tertarik dengan usaha ditunjukkannya," katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama terbitan Viu, Ate Kome, I Love You! di Sunway Pyramid, di sini, semalam.

Mengulas keputusan mendirikan rumah tangga pada usia muda, Nurel mengakui perkara itu tidak pernah dirancang, sebaliknya menganggap ia rezeki yang dikurniakan kepadanya.

Katanya, kedua-dua keluarga turut merestui hubungan mereka selepas bakal suaminya berjaya meyakinkan ibu bapanya.

"Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin pada usia muda. Mungkin ini rezeki saya. Saya berjumpa dengan orang yang baik dan mempunyai pendirian. Dia terus berjumpa keluarga saya.

"Perkahwinan ini adalah rezeki terbesar saya tahun ini. Keluarga mentua juga sangat baik, manakala ibu bapa saya memahami keinginan anak mereka untuk berkahwin pada usia muda.

"Pada asalnya mereka mahu saya berkahwin pada usia 30 tahun. Namun, bakal suami tahu apa yang dia mahukan dan berjaya meyakinkan ibu bapa saya," katanya.

Nurel berkata, perkahwinan bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan kerana perkara itu sudah dibincangkan bersama bakal suaminya.

"Keputusan saya untuk berkahwin tidak menghalang kerjaya. Bakal suami mahu saya terus bekerja dan tidak mahu saya berhenti.

"Dia mahukan isteri yang bekerja. Soal anak dan sebagainya boleh dirancang kemudian," katanya.

Sebelum ini, Nurel menerusi perkongsian di Instagram memuat naik gambar dan video sekitar majlis pertunangannya, selain meluahkan rasa syukur atas fasa baharu yang bakal dilaluinya.

Video Terkini

Berita Berkaitan