BH Online
Ringkasan Berita

Ustazah Asma Harun nasihat Marissa jangan putus asa pujuk ibu

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menyifatkan kisah antara usahawan dan pelakon, Abby Abadi, 49, dengan anaknya, Marissa Dania Hakim adalah konflik biasa dalam institusi keluarga.
Ustazah Asma Harun nasihat Marissa jangan putus asa pujuk ibu

Ustazah Asma Harun menyifatkan kisah Abby dengan anak konflik biasa dalam institusi keluarga.

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menyifatkan kisah antara usahawan dan pelakon, Abby Abadi, 49, dengan anaknya, Marissa Dania Hakim adalah konflik biasa dalam institusi keluarga.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram (IG), Asma berkata, konflik yang berlaku dalam hubungan ibu dan anak-anak sebenarnya tidak memerlukan orang lain atau pihak luar terburu-buru menuding jari kepada siapa bersalah atau tidak.

"Sejak beberapa hari ini, ramai mengikuti kisah Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania yang bermula apabila Abby tidak hadir ke majlis sambutan hari lahir diadakan.

"Ramai membuat pelbagai andaian sebelum Marissa tampil menjelaskan bahawa dia ada menghantar jemputan dan mengharapkan ibunya hadir. Jadi, bagi saya kisah ini sebenarnya normal dalam hubungan ibu dan anak.

"Tiada siapa yang betul dan tiada siapa salah. Cuma, ibu yang terlalu terluka dengan pelbagai bebanan kisah lama dan anak yang sudah berusaha hingga tidak tahu mahu buat bagaimana lagi," tulisnya pada hantaran itu.

Ujar Asma, beliau sendiri sangat memahami situasi yang berlaku membabitkan kisah anak-beranak berkenaan yang menjadi perhatian ramai kerana wanita muda seperti Marissa dengan usia awal 20-an masih dalam fasa belajar memahami hati seorang ibu.

"Buat adik Marissa, jangan putus asa untuk terus mendekati dan membina semula hubungan. Selagi ibu masih ada, masih ada ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula.

"Namun, buat Abby pula saya doakan Allah mengurniakan kekuatan hati. Luka seorang ibu memang berat, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak sendiri. Apapun, jangan biar tekanan emosi membuat hati semakin tertutup.

"Anak juga dalam proees belajar menjadi dewasa. Berilah ruang untuk dia memperbaiki kesilapan dan hargailah setiap langkah kecil yang diambil untuk kembali mendekat. Tiada yang menang dan kalah.

"Dalam hubungan ibu dan anak ini, semoga Allah melembutkan hati dan dapat menghilangkan salah faham serta mengikat kembali kasih sayang yang kadang-kadang menjadi renggang," jelasnya.

Baru-baru ini, Abby menjadi perhatian ramai selepas berkongsi hantaran ucapan selamat hari jadi ke-21 buat anak perempuannya juga pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim.

Abby dilaporkan tidak hadir ke acara majlis sambutan hari jadi itu yang diraikan Marissa secara meriah bersama bapa, Norman Hakim, 50 dan ibu tirinya, Memey Suhaiza.

Bermula dari situ, dikatakan hubungan Abby dan Marissa kembali menarik perhatian selepas penyanyi dan anggota kumpulan Elite terbabit didapati memuatnaik beberapa hantaran luahan luka dialaminya di media sosial.

Marissa adalah anak kedua Abby bersama bekas suami, Norman selain memiliki dua lagi cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.

Abby yang kini bahagia di sisi suami, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan