BH Online
Ringkasan Berita

Doakan kita semua bahagia, kaya raya... Dunia kejam pada orang miskin - Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi memohon doa agar diberi kesihatan yang baik dan teguh iman dalam meneruskan kehidupan dan dimurahkan rezeki perniagaannya.
Doakan kita semua bahagia, kaya raya... Dunia kejam pada orang miskin - Abby Abadi

Luahan Abby pada hantaran Instagram Story (IGs) menarik perhatian netizen. Foto HM Online

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi memohon doa agar diberi kesihatan yang baik dan teguh iman dalam meneruskan kehidupan dan dimurahkan rezeki perniagaannya.

Menerusi hantaran Instagram Story (IGs), Abby atau nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 49, berterima kasih kepada semua pihak yang berdoa dan memberi sokongan kepadanya.

Melalui hantaran jawapan untuk pertanyaan Jom Sembang dimuat naik pada IGs itu, Abby membalas dengan komen positif memaklumkan dia harus selalu bersabar, sihat dan kuat iman.

"Selalu sabar... Doakan sihat tubuh badan, kuat iman dan kita semua hidup tidak menyusahkan orang lain iya. Aminnnn! Semoga kita semua murah rezeki dunia akhirat.

"Iya, doakan kita semua bahagia, kaya raya rezeki melimpah ruah... Dunia kejam pada orang miskin," tulisnya berserta emoji senyuman.

Pada hantaran di Threads semalam, Abby menafikan luahan kisah lalu yang dikongsi di media sosial bertujuan menarik perhatian ramai disebabkan perniagaan yang diusahakannya.

"Saya berniaga dari 2015. Masuk link (pautan), masuk video iklan, buat live (siaran langsung) tiap-tiap hari, tanpa henti! Mana ada sebab isu berbangkit sahaja baru masuk iklan berniaga," tulisnya.

Pada hantaran sama, Abby turut memaklumkan dia sudah biasa bekerja kerana menyedari mempunyai banyak tanggungjawab dan meminta warga maya menyekat hantarannya jika tidak berminat.

Baru-baru ini, Abby menjadi perhatian ramai selepas berkongsi hantaran ucapan selamat hari jadi ke-21 buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang juga pempengaruh.

Selain itu, Abby turut difahamkan tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Marissa yang diraikannya secara meriah bersama bapanya, Norman Hakim, 50 dan ibu tiri, Memey Suhaiza.

Bermula dari situ, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian selepas penyanyi juga anggota kumpulan Elite itu didapati memuat naik beberapa hantaran luahannya berkaitan kemelut keluarga.

Marissa adalah anak kedua Abby bersama Norman selain dua lagi cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.

Abby bahagia di sisi suami, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan