BH Online
Ringkasan Berita

'Bukan tak mahu pertahankan diri, saya pilih jaga ketenangan' - Marissa Dania

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 21, mempunyai alasan tersendiri apabila mengambil pendekatan selesa berdiam daripada membela dirinya terhadap kemelut keluarga yang berlaku.
'Bukan tak mahu pertahankan diri, saya pilih jaga ketenangan' - Marissa Dania

MARISSA Dania.

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 21, mempunyai alasan tersendiri apabila mengambil pendekatan selesa berdiam daripada membela dirinya terhadap kemelut keluarga yang berlaku.

Menerusi hantaran dimuatnaik Marissa di Instagram Story (IGs), dia tampil berkongsi pertanyaan kepadanya mengenai tindakan berdiam yang dilakukan itu tanpa mahu membela diri.

"Kenapa Marissa 'still' (tetap) berdiam, orang bercakap 'and why don't you (dan kenapa awak tidak) pertahankan diri you (awak)?," soal pertanyaan itu.

"Sebab pandangan dan 'perception' (persepsi) setiap orang semua berbeza-beza. Ada yang faham, ada yang tak faham, ada berbeza pendapat.

"Saya takkan boleh puaskan hati semua orang. Not everything deserves a response (Tidak semua orang akan menerimanya).

"I 've been focusing on moving forward and protecting my peace rather than responding to everything (Jadi, lebih baik fokus maju ke depan dan melindungi ketenangan diri saya daripada membalas semuanya).

"Macam sekarang dah jawab 1 soalan, nak lagi 10 jawapan," jawab Marissa pada hantaran balas yang dibuat di IGs itu.

mariamsan2
HANTARAN mesej Danish kepada adiknya Marissa yang dimuatnaik di Instagram Story (IGs) Marissa.

Pada hantaran lain di IGs, Marissa juga didapati berkongsi mesej dengan abangnya, Mohamed Danish Hakim, 23, yang menghargai usaha dibuat oleh adiknya itu untuk mengerat hubungan keluarga mereka.

"Antara kita bertiga kau dah paling cukup baik dengan mama lately (kebelakangan ini).

"Pasal keluarga, saya faham. Manusia tak sempurna, dan yang penting adalah keikhlasan untuk memperbaiki.

"Saya tahu awak sentiasa cuba untuk jadi jambatan antara semua pihak, dan saya sangat hargai usaha awak.

"Insya-Allah akan ada harapan dan bahagia menanti awak. Allah Maha Adil," tulis Danish pada hantaran mesejnya.

Memahami situasi yang berlaku, Danish sama sekali tidak menuding kesalahan kepada Marissa dan mendoakan agar wanita itu terus tabah serta percaya setiap kesabaran akan mendapat balasan kebaikan.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian ramai semula selepas beberapa perkongsian hantaran di media sosial dipercayai berkaitan rapat dengan kemelut keluarga yang berlaku.

Marissa bagaimanapun adalah anak kedua Abby Abadi, 49, bersama bekas suaminya, Norman Hakim selain Danish dan Maria Danisha Hakim, 18.

Norman dan Abby pernah bernikah pada 2002, namun bercerai pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan