BH Online
Ringkasan Berita

Bertemu PM, Afdlin bincang TVET seni kreatif

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menzahirkan rasa syukur selepas berpeluang mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Bertemu PM, Afdlin bincang TVET seni kreatif

Afdlin berpeluang bertemu Anwar di Parlimen, hari ini. Foto HM Online

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menzahirkan rasa syukur selepas berpeluang mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Pertemuan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Afdlin bagi membincangkan pelbagai perkara antaranya peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang seni kreatif dan e-sukan.

"Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian meluangkan masa bertemu saya di Parlimen bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan Setiawangsa dan kebajikan rakyat.

"Antara cadangan yang sempat disuarakan adalah mengenai pendidikan dan pembelajaran pelbagai kursus TVET khususnya dalam bidang berkaitan seni kreatif (hiburan) dan e-sukan," katanya kepada Harian Metro.

Afdlin berkata, antara isu lain membabitkan isu kebajikan rakyat serta pembangunan di kawasan Setiawangsa.

"Pertemuan ini bukan sahaja memberi ruang untuk saya menyampaikan isu dan keperluan masyarakat Setiawangsa, malah turut memberikan semangat, dorongan dan keyakinan untuk saya terus berkhidmat," katanya.

Katanya, dalam pertemuan sama, Perdana Menteri turut menitipkan satu pesanan mendalam yang sentiasa diingatkan kepadanya setiap kali mereka bertemu.

"Ada satu pesanan yang sentiasa diulang oleh Perdana Menteri setiap kali kami bertemu iaitu, take care of the people. Take care of the people. Take care of the people (jaga kebajikan rakyat)," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan