BH Online
Ringkasan Berita

Muss Barbarik syukur pembedahan kaki isteri berjaya

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Barbarik, Muss bersyukur selepas isterinya, Suraya Bahari selamat menjalani pembedahan pada kaki akibat penyakit kencing manis.
Muss Barbarik syukur pembedahan kaki isteri berjaya

Muss berkongsi berita terkini keadaan isterinya menerusi hantaran Facebook (FB), pagi tadi. Foto HM Online

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Barbarik, Muss bersyukur selepas isterinya, Suraya Bahari selamat menjalani pembedahan pada kaki akibat penyakit kencing manis.

Muss atau nama sebenar, Mustaffa Din, 58, berkongsi berita itu menerusi hantaran Facebook (FB), pagi tadi.

"Syukur Alhamdulillah. Isteriku, Suraya Bahari berjaya menjalani pembedahan kakinya akibat kencing manis di Hospital Ampang.

"Selepas melalui berbagai cara dan ikhtiar perubatan yang agak tidak berjaya sebelum ini dalam beberapa bulan yang sudah," tulisnya.

Muss turut berkongsi beberapa foto keadaan Suraya selepas pembedahan dan masih dirawat di hospital.

Harian Metro cuba menghubungi Suraya dan Muss untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkininya, namun, belum menerima sebarang maklum balas.

Video Terkini

Berita Berkaitan