BH Online
Ringkasan Berita

Dia ada ketika saya susah – Azar sebak kenang jasa Ozlynn Waty

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila mendedahkan rakan baiknya, aktres Ozlynn Waty banyak membantu dirinya dari segi kewangan dan emosi ketika melalui fasa sukar dalam kehidupannya.
Dia ada ketika saya susah  – Azar sebak kenang jasa Ozlynn Waty

Azar mendedahkan Ozlynn antara individu terawal membantunya ketika melalui fasa sukar. Foto TikTok Sembang Seram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila mendedahkan rakan baiknya, aktres Ozlynn Waty banyak membantu dirinya dari segi kewangan dan emosi ketika melalui fasa sukar dalam kehidupannya.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata Ozlynn adalah antara individu terawal yang mengetahui keadaan sebenar yang menimpa dirinya sebelum dia berdepan detik sukar bersama pihak berkuasa.

Menurutnya, bantuan yang dihulurkan Ozlynn termasuk sumbangan berbentuk zakat banyak meringankan beban ketika dia berdepan kesempitan hidup.

"Masa saya susah, Ozlynn antara kawan baik yang tahu cerita saya. Tiga hari sebelum saya ditahan, saya sempat bercakap dengan dia dan ceritakan semuanya.

"Dia ada bagi sedikit zakat yang saya gunakan untuk beli keperluan anak seperti pampers dan susu. Saya juga dapat belikan makanan untuk anak-anak," katanya menerusi podcast Sembang Seram, baru-baru ini.

Azar turut menyifatkan Ozlynn sebagai seorang sahabat yang prihatin dan sentiasa mendengar luahan hatinya tanpa sebarang penilaian.

Katanya, ketika berkongsi kisah sedih itu, Ozlynn turut tidak dapat menahan air mata.

"Dia dengar sahaja cerita saya, malah dia pun menangis. Dia juga tanya apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup saya," katanya.

Perkongsian Azar itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan Ozlynn membantu rakan dalam kesusahan.

Mereka menyifatkan Ozlynn sebagai individu berhati mulia dan mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan rezeki yang lebih luas.

Video Terkini

Berita Berkaitan