BH Online
Ringkasan Berita

Alhamdulillah, Ustaz Kazim stabil namun perlu berehat

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital bagi prosedur rawatan jantung kini berada dalam keadaan stabil, hari ini.
Alhamdulillah, Ustaz Kazim stabil namun perlu berehat

Hantaran Admin di Facebook Ustaz Kazim Elias. Foto Facebook DUKE

puterialia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital bagi prosedur rawatan jantung kini berada dalam keadaan stabil, hari ini.

Perkara itu dikongsikan Admin Facebook beliau, kira-kira sejam lalu bagi mewakili keluarga penceramah berkenaan yang turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas doa orang ramai.

"Keluarga yang berbahagia Dato' Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, Ustaz Kazim stabil setakat ini," tulisnya.

Admin Facebook terbabit turut memaklumkan buat masa ini, penceramah berkenaan masih memerlukan waktu untuk berehat sepenuhnya tanpa gangguan luar.

"Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham," tulisnya lagi.

Terdahulu, Ustaz Kazim dilaporkan dimasukkan ke ICU sebuah hospital untuk menerima rawatan, semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan Admin Facebook beliau dalam hantaran klip video yang memohon doa daripada orang ramai tanpa memaklumkan penyakit dialaminya.

Abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pendakwah itu sedang menerima rawatan memasang belon pada saluran darah bagi menjawab tanda tanya orang ramai.

Video Terkini

Berita Berkaitan