BH Online
Ringkasan Berita

Ustaz Kazim Elias jalani prosedur belon pada jantung

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani prosedur rawatan jantung dengan memasukkan belon bagi melancarkan serta membuka saluran darahnya.
Ustaz Kazim Elias jalani prosedur belon pada jantung

Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani prosedur rawatan jantung. - Foto Facebook

puterialia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani prosedur rawatan jantung dengan memasukkan belon bagi melancarkan serta membuka saluran darahnya.

Perkara itu dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di laman Facebook bagi menjawab tanda tanya orang ramai mengenai status kesihatan adiknya.

"Selepas dimasukkan satu belon, doktor mendapati ada satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu lagi belon.

"Saya difahamkan beliau mengadu teramat sakit berbanding sebelum-sebelum ini," tulisnya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai keadaan semasa di hospital, Najmuddin memaklumkan bahawa pihak hospital buat masa ini tidak membenarkan sebarang pelawat kecuali isteri pendakwah berkenaan.

Dalam hantaran yang sama, Najmuddin turut memohon ihsan dan kerjasama daripada semua peminat serta pencinta ilmu untuk mengadakan solat hajat dan mendoakan kesembuhan adiknya.

"Saya merayu kepada semua supaya mendoakan agar dia (Ustaz Kazim) kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan pusat pendidikan Al-Barakah yang diterajuinya.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersimpati dan mendoakan dia. Apa-apa perkembangan saya akan maklumkan dari semasa ke semasa," tulisnya lagi.

Terdahulu, Ustaz Kazim dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital untuk menerima rawatan, semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan Admin Facebook beliau dalam hantaran klip video yang memohon doa daripada orang ramai tanpa memaklumkan penyakit dialaminya.

Video Terkini

Berita Berkaitan