BH Online
Ringkasan Berita

"Saya tak pernah sekat hak lawatan." - Betty Banafe

KUALA LUMPUR: Pelakon Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap konflik isu hak jagaan dua anaknya yang berlarutan walaupun sudah lapan tahun berpisah bersama bekas suaminya, Bruce Dargus.
"Saya tak pernah sekat hak lawatan." - Betty Banafe

Betty Banafe

KUALA LUMPUR: Pelakon Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap konflik isu hak jagaan dua anaknya yang berlarutan walaupun sudah lapan tahun berpisah bersama bekas suaminya, Bruce Dargus.

Menerusi hantaran di Instagramnya semalam, Betty atau nama sebenar, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 47, berkongsi tumpuan utamanya sebagai ibu adalah memberikan didikan agama sebelum mereka melangkah ke fasa dewasa.

"Apabila anak itu cukup umur 18 tahun, ambillah mereka ke luar negara. At least (sekurang-kurangnya), foundation (pengetahuan asas) anak-anak tentang agama, insya-Allah kuat.

"Boleh fikir yang baik dan buruk dengan cara berfikir yang bijak dan berlandaskan agama. Kalau terpesong pun, insya-Allah mereka akan kembali ke pangkal jalan," tulisnya.

Mengulas lanjut mengenai isu penjagaan anak-anaknya, pelakon berdarah kacukan itu menegaskan bahawa dia tidak pernah sesekali menyekat hak lawatan bekas suaminya.

"Hak lawatan daddynya tak pernah saya sekat. Malah, saya izinkan atuk dan nenek bersama anak-anak demi kasih sayang dari awal penceraian," tulisnya lagi.

Betty juga mendedahkan dia sanggup berpindah dari kediamannya di Damansara ke Ampang semata-mata mahu memastikan anak-anaknya dapat membesar dengan sokongan keluarga mentua sementara bekas suaminya berada di luar negara.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang sangat menyedihkan. Anak-anak saya ditekan, anak-anak saya dipaksa sehingga mereka menanggung trauma dan stres yang berat.

"Cukuplah…saya rayu permudahkanlah urusan ini. Saya hanya mahukan kedamaian buat Julia dan Dean," kongsinya.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik Betty memaparkan bekas suaminya bersama ibu bapanya hadir ke kediaman pelakon itu untuk mengambil anak-anaknya berusia 13 dan 10 tahun.

Dalam video itu, Betty dilihat memanggil kedua-dua anaknya ke luar rumah untuk mendengar sendiri pengakuan mereka sama ada memilih untuk menetap bersama dia atau bekas suaminya.

Bagaimanapun, anak sulungnya enggan mengikut keluarga bapanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan