BH Online
Ringkasan Berita

Shuib, Watie timang bayi perempuan

KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan puteri sulung mereka, semalam.
Shuib, Watie timang bayi perempuan

Shuib berkongsi khabar gembira apabila Watie selamat melahirkan puteri sulung mereka, hari ini. Foto IG Shuib

KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan puteri sulung mereka, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 42, memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 3.47 petang.

"Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya Puteri Daddy (panggilan Shuib) dan Mummy (panggilan Watie).

"Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan," tulisnya.

Sementara itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur atas perancangan Allah selain berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka sekeluarga.

"Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz," tulisnya lagi.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Watie pernah mengalami keguguran pada 11 Mei tahun lalu. Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib menerusi perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 5.

Video Terkini

Berita Berkaitan