BH Online
Ringkasan Berita

Syed Saddiq, Bella Astillah rancang perkahwinan idaman

KUALA LUMPUR: “Apa sahaja yang menggembirakan dia (Bella Astillah), akan menggembirakan saya juga.”
Syed Saddiq, Bella Astillah rancang perkahwinan idaman

Syed Saddiq memberi bayangan bahawa majlis perkahwinan dirinya dan Bella bakal berlangsung dalam masa terdekat. Foto IG Bella Astillah

KUALA LUMPUR: "Apa sahaja yang menggembirakan dia (Bella Astillah), akan menggembirakan saya juga."

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai persediaan hari bahagianya bersama pelakon, Bella Astillah.

”‹Ditanya mengenai konsep majlis perkahwinan impian, menerusi sebuah video temuramah, Syed Saddiq, 34, berkata dia menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Bella dan menyifatkan bakal isterinya itu lebih pakar dalam urusan berkenaan.

"Dalam bab ini, memang dia (Bella) adalah pakarnya. Bagi diri saya, perkara paling penting adalah majlis nikah itu sendiri.

"Pengakhiran itu lebih utama, manakala proses (majlis perkahwinan) bagaimana itu, terpulang kepada dia (Bella)," kongsinya.

Mengulas mengenai tarikh hari bahagia mereka, Syed Saddiq memberi bayangan bahawa majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu di Locarasa Restaurant & Patisserie, Taman Bukit Bamboo di sini, dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga serta sahabat rapat.

Majlis pertunangan itu turut menyaksikan pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq, melambangkan kesepakatan antara kedua-dua belah keluarga.

Video Terkini

Berita Berkaitan