BH Online
Ringkasan Berita

Amani, adik berganding bahu jaga Sathiya

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pelawak veteran, Sathiya, 62, bertambah baik dan kini berehat di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, selepas menjalani pembedahan kaki kirinya yang dipotong hingga atas paras lutut pada 10 Mac lalu.
Amani, adik berganding bahu jaga Sathiya

Keadaan Sathiya beransur pulih dan sedang berehat di rumah. Foto HM Online

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pelawak veteran, Sathiya, 62, bertambah baik dan kini berehat di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, selepas menjalani pembedahan kaki kirinya yang dipotong hingga atas paras lutut pada 10 Mac lalu.

Anak perempuannya, Amani Nair Satya, 37, berkata bapanya masih perlu menjalani rawatan susulan termasuk proses mencuci luka sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Ampang.

"Ayah sihat dan keadaannya okay. Dia masih menjalani rawatan dan proses mencuci luka seperti biasa. Dari segi pemakanan, ayah masih berpantang.

"Memandangkan ayah baru sahaja selesai menjalani pembedahan, doktor tetapkan untuk 'check-up' (pemeriksaan susulan) pula dilakukan setiap dua minggu sekali di Hospital Ampang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai penjagaan bapanya, Amani berkongsi dia dan adiknya berganding bahu bagi memastikan urusan rawatan bapanya di hospital lancar.

"Saya dan adik akan membawa ayah ke hospital bersama-sama. Memandangkan kami berdua memikul tanggungjawab ini, adik akan mengambil cuti atau menukar hari bekerja, manakala saya pula memang seorang suri rumah.

"Ibu dan adik ada bersama untuk memantau dan menjaga ayah di rumah Wangsa Maju," katanya.

Terdahulu, pembedahan pada kaki kiri Sathiya yang dipotong hingga di atas paras lutut dilakukan sebagai langkah bagi mengelak jangkitan kuman merebak ke bahagian anggota badan yang lain.

Video Terkini

Berita Berkaitan