BH Online
Ringkasan Berita

Remaja maut, sambutan kemenangan Piala Dunia di Sepanyol bertukar tragedi

MADRID: Kegembiraan meraikan kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2026 bertukar tragedi apabila remaja lelaki berusia 13 tahun maut, selepas struktur pancuran air runtuh ketika sambutan berlangsung di barat negara itu.
Remaja maut, sambutan kemenangan Piala Dunia di Sepanyol bertukar tragedi

Remaja lelaki maut, selepas struktur pancuran air runtuh ketika sambutan meraikan kemenangan Sepanyol di juara Piala Dunia 2026 di Ciudad Rodrigo, Salamanca, malam tadi. - Foto X

MADRID: Kegembiraan meraikan kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2026 bertukar tragedi apabila remaja lelaki berusia 13 tahun maut, selepas struktur pancuran air runtuh ketika sambutan berlangsung di barat negara itu.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan beberapa individu lain turut cedera dalam insiden di bandar Ciudad Rodrigo, Salamanca.

Majlis Perbandaran Ciudad Rodrigo menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya berdukacita atas kematian remaja berkenaan serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya.

"Apa yang sepatutnya menjadi sambutan kejayaan pasukan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2026 bertukar menjadi tragedi," menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.30 tengah malam waktu tempatan mengenai kejadian sebuah struktur pancuran air runtuh lalu menghempap orang ramai.

Seorang lagi remaja turut dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Media tempatan melaporkan struktur pancuran air berkenaan runtuh akibat tidak mampu menampung berat orang ramai yang memanjat struktur itu bagi meraikan kejayaan Sepanyol menjulang Piala Dunia buat kali pertama sejak 2010. - AFP

Video Terkini

Berita Berkaitan