BH Online
Ringkasan Berita

Israel perluas sekatan, dirikan pos kawalan baharu di selatan Lubnan

BEIRUT: Tentera Israel dilapor mula mendirikan beberapa pos kawalan baharu di sebahagian wilayah selatan Lubnan, dalam langkah yang disifatkan sama seperti sistem sekatan pergerakan dilaksanakan di Tebing Barat yang diduduki.
Israel perluas sekatan, dirikan pos kawalan baharu di selatan Lubnan

Sebuah bangunan yang musnah dirakamkan di perkampungan Zawtar al-Gharbiyeh, selatan Lubnan. - Foto AFP

BEIRUT: Tentera Israel dilapor mula mendirikan beberapa pos kawalan baharu di sebahagian wilayah selatan Lubnan, dalam langkah yang disifatkan sama seperti sistem sekatan pergerakan dilaksanakan di Tebing Barat yang diduduki.

Langkah itu menyaksikan satu rangka kawalan keselamatan baharu dikuatkuasakan secara sebelah pihak, yang didakwa mengehadkan pergerakan harian penduduk awam di kawasan berkenaan, lapor Al Jazeera.

Zon sekatan baharu 10km ke dalam wilayah selatan Lubnan itu disifatkan menyerupai pendekatan yang pernah digunakan Israel menerusi kawasan penampan keselamatan di Gaza.

Kewujudan Garis Kuning itu turut menyaksikan sekatan kemasukan dikenakan terhadap pelbagai pihak, termasuk media antarabangsa dan pasukan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan media tempatan.

Beberapa kediaman penduduk juga dilapor diroboh menggunakan jentolak tentera di kawasan berhampiran zon berkenaan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Pihak berkuasa dan tentera Lubnan menyifatkan pembinaan pos kawalan tanpa kebenaran itu sebagai usaha memperluas kawalan Israel di kawasan selatan negara tersebut, termasuk di sepanjang Sungai Litani.

Mereka turut menuduh Israel mensabotaj pelaksanaan kerangka keselamatan yang diusahakan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pihak Israel menegaskan langkah itu merupakan sebahagian daripada keperluan keselamatan sementara dan operasi pembersihan infrastruktur yang dianggap mengancam keselamatan rejim itu, selain bertujuan menghalang penyusupan semula pejuang Hezbollah ke utara Israel. - AGENSI

Video Terkini

Berita Berkaitan