BH Online
Ringkasan Berita

Taufan Noul badai selatan China, akibatkan tanah runtuh, gangguan penerbangan

HONG KONG: Taufan Noul yang melanda selatan China awal pagi hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang di wilayah Guangdong serta Hong Kong sehingga menyebabkan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibatalkan.
Taufan Noul badai selatan China, akibatkan tanah runtuh, gangguan penerbangan

Noul, yang bermaksud sinar fajar atau senja dalam bahasa Korea, merupakan taufan ke-12 di Pasifik pada tahun 2026 dan yang ketiga melanda China pada bulan Julai. - Foto REUTERS

HONG KONG: Taufan Noul yang melanda selatan China awal pagi hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang di wilayah Guangdong serta Hong Kong sehingga menyebabkan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibatalkan.

Noul yang bermaksud sinar fajar atau senja dalam bahasa Korea, adalah taufan ke-12 yang terbentuk di Lautan Pasifik tahun ini dan yang ketiga melanda China sepanjang bulan ini.

Pihak berkuasa Guangdong semalam memaklumkan lebih 340,000 penduduk sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan ancaman taufan berkenaan.

Menurut Balai Cerap Hong Kong, Taufan Noul kini semakin lemah ketika bergerak ke kawasan pedalaman China, namun angin kencang masih melanda sebahagian besar Hong Kong.

Balai cerap itu turut mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Tahap Jingga dan memberi amaran mengenai risiko banjir kilat.Agensi itu turut memaklumkan hujan melebihi 30 milimeter (ml) sejam direkodkan di beberapa kawasan dan dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.

Pihak berkuasa Hong Kong sebelum ini menaikkan amaran ribut kepada Isyarat Taufan T9 pada awal pagi ini apabila taufan berkenaan berada dalam lingkungan 80 kilometer dari bandar raya itu, sebelum diturunkan kepada Isyarat T8 pada jam 7.10 pagi waktu tempatan.

Isyarat Taufan T8 yang lazimnya menyebabkan kebanyakan premis perniagaan ditutup serta perkhidmatan pengangkutan digantung, dijangka kekal berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga tengah hari.

Pihak berkuasa lapangan terbang pula memaklumkan operasi penerbangan akan disambung semula secara berperingkat selepas jam 6 petang ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan