BH Online
Ringkasan Berita

Protes belia: Menteri Pendidikan India umum letak jawatan

HYDERABAD: Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan, meletak jawatan susulan protes yang diterajui golongan belia di negara ini berhubung kebocoran kertas peperiksaan, selain tuntutan yang semakin meningkat supaya reformasi pendidikan dilaksanakan.
Protes belia: Menteri Pendidikan India umum letak jawatan

(Gambar fail) Dharmendra Pradhan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan India, dalam kenyataan dimuat naik di platform X, petang semalam. - FOTO AFP

HYDERABAD: Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan, meletak jawatan susulan protes yang diterajui golongan belia di negara ini berhubung kebocoran kertas peperiksaan, selain tuntutan yang semakin meningkat supaya reformasi pendidikan dilaksanakan.

Pradhan mengumumkan peletakan jawatannya dalam kenyataan dimuat naik di platform X, petang semalam.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.

"Dengan mengambil kira situasi di Jantar Mantar dan kawasan lain di negara ini, selain bagi memastikan anasir antinasional tidak mengambil kesempatan, perpaduan negara terus terpelihara, masa depan pelajar tidak terjejas akibat kerumitan undang-undang, dan anak-anak kita dapat memberi tumpuan kepada pelajaran serta membina kerjaya, saya telah mengemukakan peletakan jawatan kepada Perdana Menteri," kata Pradhan.

Sementara itu, susulan rundingan dengan kerajaan, Cockroach Janta Party (CJP) yang mengetuai protes berkenaan mengumumkan penamatan gerakan terbabit selepas semua tuntutannya diterima, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami menarik balik gerakan ini dengan niat baik, dengan pemahaman bahawa perkara dipersetujui akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah dipersetujui," kata ketua jurucakap parti itu, Saurav Das, kepada wartawan.

Sebelum ini, media melaporkan ribuan orang berkhemah di New Delhi bagi menuntut reformasi sistem pendidikan India susulan kebocoran kertas peperiksaan kemasukan perubatan peringkat kebangsaan pada Mei lalu.

Video Terkini

Berita Berkaitan