BH Online
Ringkasan Berita

Serangan AS langgar nilai kemanusiaan asas - Iran

TEHRAN: Tehran menyifatkan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, sebagai pelanggaran nilai kemanusiaan asas dan norma undang-undang antarabangsa, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Serangan AS langgar nilai kemanusiaan asas - Iran

(Gambar fail) Jurucakap Kerajaan Iran, Fatemeh Mohajerani. - FOTO AFP

TEHRAN: Tehran menyifatkan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, sebagai pelanggaran nilai kemanusiaan asas dan norma undang-undang antarabangsa, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Bercakap kepada IRNA, semalam, jurucakap Kerajaan Iran, Fatemeh Mohajerani, mengutuk sekeras-kerasnya serangan musuh di beberapa bahagian negara itu, yang telah menyebabkan kematian lebih 30 orang.

"Presiden Pezeshkian (Presiden Iran, Masoud Pezeshkian) menegaskan perkhidmatan kepada rakyat mesti diteruskan tanpa gangguan, dan menyeru untuk menggerakkan sepenuhnya semua badan kerajaan untuk membantu kawasan yang terjejas," katanya.

Terdahulu, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya, Kolonel Ebrahim Zolfaqar, menegaskan Iran tidak akan sama sekali membenarkan AS campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz, sekali gus memberi amaran kepada negara-negara serantau Teluk Parsi bahawa bekerjasama dengan Washington adalah bersamaan perang melawan Iran.

"Tindakan melulu (adventurism) berulang Amerika dan tindakan jahat untuk campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz telah membahayakan keselamatan serantau, perdagangan antarabangsa serta laluan kapal tangki minyak dan kapal komersial.

"Malangnya, kerjasama beberapa negara serantau juga menyebabkan risiko perang merebak di seluruh rantau ini meningkat," katanya.

Sementara itu, Anadolu Ajansi melaporkan AS melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Iran, semalam, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).

"Pada jam 6 pagi ET, hari ini (1000GMT Rabu), pasukan Komando Pusat AS mula melancarkan gelombang serangan terhadap Iran.

"Serangan itu direka untuk merendahkan lagi keupayaan ketenteraan digunakan tentera Iran untuk menyerang perkapalan komersial di Selat Hormuz," kata komander itu melalui platform X.

Ketegangan antara AS dengan Iran meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini di Selat Hormuz.

Kedua-dua pihak berbalas serangan walaupun memorandum persefahaman melalui perantaraan Pakistan yang bertujuan menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai, telah ditandatangani.

Video Terkini

Berita Berkaitan