BH Online
Ringkasan Berita

37 diselamatkan selepas kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

SANSHA: Seramai 37 individu diselamatkan selepas sebuah kapal Vietnam karam di perairan berhampiran Terumbu Yongshu di Kepulauan Nansha di Laut China Selatan, menurut pihak berkuasa bandar Sansha, China, lapor Xinhua.
37 diselamatkan selepas kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

Foto hiasan

SANSHA: Seramai 37 individu diselamatkan selepas sebuah kapal Vietnam karam di perairan berhampiran Terumbu Yongshu di Kepulauan Nansha di Laut China Selatan, menurut pihak berkuasa bandar Sansha, China, lapor Xinhua.

Kapal itu mengalami kecemasan sebelum karam, manakala operasi menyelamat masih diteruskan setakat 7.30 pagi ini.

Kesemua yang diselamatkan ialah warga Vietnam dari kapal "Khoi Nguyen 18" yang mengalami kecemasan. Seramai 62 orang berada di atas kapal itu.

Pada kira-kira 6.23 petang Sabtu, "Nanhai Jiu 115", kapal penyelamat yang dikendalikan Biro Penyelamat Nanhai di bawah Kementerian Pengangkutan, mengesan isyarat yang dipercayai sebagai suar kecemasan berpayung terjun daripada kapal yang mengalami kecemasan di laut.

Enam kapal China, sebuah helikopter penyelamat dan sebuah kapal Vietnam sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa mencari dan menyelamat maritim Sansha, "Khoi Nguyen 18" ialah kapal berdaftar di Vietnam yang berukuran 69.9 meter panjang dan lebar 10.8 meter, dengan tanan kasar 999.

Video Terkini

Berita Berkaitan