BH Online
Ringkasan Berita

Dewan besar Rumah Putih kalis peluru, kalis dron, kata Trump

WASHINGTON: Dewan besar Rumah Putih yang baharu akan dapat menahan hampir semua bentuk serangan sambil kekal cantik dari segi estetika, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin.
Dewan besar Rumah Putih kalis peluru, kalis dron, kata Trump

Imej dari udara menunjukkan kerja pembinaan dewan besar di Rumah Putih. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Dewan besar Rumah Putih yang baharu akan dapat menahan hampir semua bentuk serangan sambil kekal cantik dari segi estetika, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin.

"Tingkap kaca setebal ini yang boleh menahan sebarang bentuk tembakan, senapang, dron... tiada apa yang dapat ditembusi," katanya, lapor agensi berita Jerman dpa.

"Ia kalis peluru, kalis dron, kalis peluru berpandu dalam banyak kes dan cantik pada masa yang sama," tambah Trump, sambil berkata struktur keluli dan kaca itu juga akan mempunyai stesen dron di atas bumbung untuk membantu menjaga keselamatan.

Bercakap pada satu acara Rumah Putih, Trump menyifatkan dewan besar baharu itu, yang telah mendapat kritikan mengenai saiznya dan cara ia dilaksanakan tanpa perundingan, sebagai pelaburan penting dalam keselamatan negara.

Pembinaan dijalankan sejak musim luruh lepas di tapak bekas Sayap Timur Rumah Putih. Dewan besar baharu itu dijangka berupaya menampung jamuan negara yang jauh lebih besar daripada kemudahan sedia ada.

Projek itu dikritik kerana kosnya, proses permit dan perobohan sebahagian kompleks Rumah Putih yang bersejarah dan berdepan pelbagai tindakan undang-undang.

Merujuk kepada kes mahkamah, beliau berkata: "Anda disaman kerana mereka fikir dewan besar itu terlalu besar, dewan besar itu terlalu kecil."

"Terutamanya jika nama anda Trump, anda akan disaman," kata presiden itu. – BERNAMA-dpa

Video Terkini

Berita Berkaitan