BH Online
Ringkasan Berita

Puluhan guru, pelajar diculik pengganas diselamatkan pasukan keselamatan

ABUJA: Puluhan murid dan guru yang diculik kira-kira dua bulan lalu oleh pengganas di negara barat daya Nigeria, Oyo telah diselamatkan semasa operasi bersama oleh pasukan keselamatan, kata seorang pegawai kanan kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Puluhan guru, pelajar diculik pengganas diselamatkan pasukan keselamatan

Jalan lengang di kawasan komuniti Esinle, tempat sekumpulan murid dan guru diculik dalam satu serangan besar-besaran ke atas sebuah sekolah di negeri Oyo, Nigeria pada 2 Jun lalu. - REUTERS/Fail

ABUJA: Puluhan murid dan guru yang diculik kira-kira dua bulan lalu oleh pengganas di negara barat daya Nigeria, Oyo telah diselamatkan semasa operasi bersama oleh pasukan keselamatan, kata seorang pegawai kanan kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Dalam catatan di platform media sosial X, Bayo Onanuga, Jurucakap Presiden Nigeria, Bola Tinubu, mengesahkan semua murid dan guru yang diculik daripada komuniti Oriire telah bebas dalam operasi menyelamat oleh pelbagai agensi keselamatan.

Penculikan besar-besaran itu berlaku pada 15 Mei apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang tiga sekolah di komuniti Esiele dan Yawota di Kawasan Kerajaan Tempatan Oriire di negeri Oyo.

Media tempatan melaporkan 46 orang, iaitu 39 murid dan tujuh guru telah diculik. Seorang guru yang diculik kemudiannya dibunuh dalam tahanan.

Pihak berkuasa Nigeria mengenal pasti penyerang sebagai anggota kumpulan Boko Haram.

Pada Khamis, Menteri Pertahanan, Nigeria Christopher Musa berkata, kumpulan itu menuntut pembebasan beberapa komander yang ditahan sebagai pertukaran untuk tebusan, tuntutan yang ditolak kerajaan Nigeria secara terbuka.

Video Terkini

Berita Berkaitan