BH Online
Ringkasan Berita

9 maut, 27 diselamatkan dalam insiden bangunan runtuh di Lagos, Nigeria

ABUJA: Sembilan ditemukan maut manakala 27 lagi berjaya diselamatkan daripada runtuhan sebuah kompleks beli-belah tiga tingkat yang runtuh di negeri Lagos, barat daya Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan semalam selepas operasi menyelamat selesai, lapor Xinhua.
9 maut, 27 diselamatkan dalam insiden bangunan runtuh di Lagos, Nigeria

Bangunan kompleks beli belah itu runtuh pada pagi Khamis di Alakija, sebuah bandar satelit yang sedang pesat membangun di sepanjang Lebuh Raya Lagos-Badagry. - Foto hiasan NSTP

ABUJA: Sembilan ditemukan maut manakala 27 lagi berjaya diselamatkan daripada runtuhan sebuah kompleks beli-belah tiga tingkat yang runtuh di negeri Lagos, barat daya Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan semalam selepas operasi menyelamat selesai, lapor Xinhua.

Operasi menyelamat membabitkan pelbagai agensi dilancarkan selepas bangunan itu runtuh pada pagi Khamis di Alakija, sebuah bandar satelit yang sedang pesat membangun di sepanjang Lebuh Raya Lagos-Badagry yang sibuk.

Setiausaha Tetap Agensi Pengurusan Kecemasan Lagos, Olufemi Oke-Osanyintolu berkata pasukan penyelamat bekerja tanpa henti bagi mengesan dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Mangsa yang berjaya diselamatkan mengalami pelbagai tahap kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, katanya.

Laporan awal menunjukkan kebanyakan mangsa terdiri daripada pemilik kedai dan pelanggan yang sedang memulakan urusan perniagaan harian mereka. Beberapa penduduk di kawasan sekitar turut terperangkap.

Oke-Osanyintolu berkata semua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dan operasi menyelamat ditamatkan pada awal pagi Jumaat.

Beliau turut memaklumkan yang China Civil Engineering Construction Corporation, yang sedang melaksanakan projek pembinaan landasan kereta api di kawasan itu, turut membantu dalam operasi berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan dilancarkan.

Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di Nigeria dan pakar sering mengaitkannya dengan struktur bangunan yang usang, pelanggaran peraturan pembinaan serta penggunaan bahan binaan yang tidak memenuhi piawaian.

– BERNAMA-XINHUA

Video Terkini

Berita Berkaitan