KUALA LUMPUR: Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia kini berdepan ujian getir dicabar oleh ketidakstabilan ekonomi global, turun naik pasaran mata wang asing yang drastik, serta lonjakan kos operasi domestik.
Berdasarkan data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor PKS merupakan tulang belakang negara dengan menyumbang sebanyak 39.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bagaimanapun, di sebalik angka pertumbuhan tersebut, realiti sebenar menunjukkan gambaran berbeza.
Tinjauan pasaran domestik mendedahkan hampir 70 peratus PKS tempatan bergelut dengan isu kelangsungan aliran tunai.
Malah, sebahagian besar usahawan mengakui beban pengurusan pentadbiran seperti pematuhan berkanun dan pengurusan jadual gaji pekerja menjadi punca utama kecekapan operasi harian mereka terjejas.
Lebih merumitkan, lambakan ekosistem perbankan yang terasing sering kali memaksa pemilik perniagaan mengendalikan pelbagai sistem berbeza.
Mereka terpaksa mendaftar masuk ke platform berasingan hanya untuk memantau kedudukan kewangan, menyempurnakan urusan tunai harian, serta menyemak kadar mata wang asing.
Proses tidak bersepadu ini akhirnya merumitkan operasi harian yang memperlahankan pembuatan keputusan, ketika syarikat sepatutnya bertindak pantas merebut peluang pasaran.
Satu platform, segala solusi
Memahami kekangan kritikal yang menghimpit pelbagai jenis perniagaan khususnya sektor PKS, Maybank memperkenalkan platform perbankan perniagaan serantau, Maybank2E.
Platform sehenti ini direka secara holistik melangkaui fungsi penjejakan aliran tunai konvensional bagi memastikan usahawan dapat melepaskan diri daripada bebanan pentadbiran dan menumpukan sepenuhnya kepada strategi pengembangan perniagaan.
Menerusi aplikasi mudah alih Maybank2E yang juga dikenali sebagai aplikasi M2E Biz, pemilik perniagaan kini boleh melakukan dan meluluskan transaksi kewangan secara selamat pada bila-bila masa melalui peranti mudah alih.
Ini termasuk kemudahan menguruskan komitmen bulanan yang remeh seperti caruman berkanun dan bayaran gaji pekerja secara serentak, pukal dan lancar dalam satu klik sahaja.
Kawal risiko pasaran dalam hanya beberapa saat
Bagi PKS yang terlibat dalam rantaian bekalan global atau aktiviti import-eksport, turun naik kadar pertukaran mata wang asing (FX) mampu menjejaskan margin keuntungan bersih syarikat dalam tempoh yang sangat singkat.
Menyedari impak risiko pasaran ini, Maybank2E menawarkan keupayaan unik yang membolehkan pelanggan menguruskan pendedahan pasaran forex dan mengunci kadar pertukaran mata wang asing secara serta-merta bagi lebih 20 mata wang.
Ciri perlindungan nilai digital secara masa nyata ini membolehkan usahawan mengurangkan risiko kerugian akibat pasaran yang tidak menentu secara proaktif.
Selain itu, kecekapan urusan perdagangan antarabangsa turut dipertingkatkan tanpa keperluan dokumentasi fizikal yang merumitkan.
Platform perdagangan digital dalam Maybank2E membolehkan permohonan dan pindaan pelbagai kemudahan perdagangan seperti surat kredit (letter of credit) atau jaminan bank (bank guarantee) dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.
Pemilik perniagaan juga boleh menikmati pemantauan menyeluruh yang jelas terhadap setiap akaun bank syarikat mereka melalui satu papan pemuka perbankan berpusat.
Integrasi sistem Log Masuk Tunggal (Single Login) pula memudahkan urusan kerja dengan menyatukan pelbagai peralatan pengurusan kewangan yang sebelum ini terasing ke dalam satu akses mudah.
Tingkatkan kecekapan operasi perniagaan dan bersedia mendepani cabaran ekonomi global dengan memohon di maybank2e.com hari ini.
Akses mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.























-7422387.jpg)