BH Online
Ringkasan Berita

Pelaburan 30 tahun, kestabilan Maxis Solar jadi pilihan

TREND bekerja dari rumah serta lonjakan pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan masyarakat hari ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak bil utiliti bulanan.

TREND bekerja dari rumah serta lonjakan pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan masyarakat hari ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak bil utiliti bulanan. 

Fenomena ini mendorong ramai pemilik kediaman di Malaysia beralih kepada alternatif tenaga boleh diperbaharui bagi menguruskan komitmen kewangan jangka panjang mereka dengan lebih bijak. 

Bagaimanapun, pemasangan sistem solar bukan sekadar pelengkap gaya hidup hijau, sebaliknya satu pelaburan besar yang memerlukan perancangan teliti.  

Memandangkan sistem ini mampu berfungsi secara optimum selama 25 hingga 30 tahun, pemilik kediaman perlu memastikan kestabilan serta keupayaan penyedia perkhidmatan dalam mengendalikan sokongan dan penyelenggaraan sistem bagi tempoh tersebut.

Jaminan kestabilan untuk pelaburan masa depan

Lambakan syarikat penyedia sistem solar dalam pasaran semasa mendedahkan pengguna kepada risiko kebergantungan terhadap entiti kecil yang berpotensi gulung tikar pada masa hadapan. 

Sekiranya perkara itu berlaku, sistem solar yang dipasang berisiko terbiar tanpa penyelenggaraan berkala sekali gus menjadikan pelaburan tersebut sebuah liabiliti yang membebankan.  

Mengambil kira risiko berkenaan, Maxis Solar tampil menawarkan solusi berpaksikan kepercayaan dan kestabilan jangka panjang. 

Berbekalkan rekod prestasi infrastruktur melebihi 30 tahun di Malaysia, Maxis berada pada kedudukan unik yang sukar ditandingi pesaing.

Kempen "Solar power. Now from Maxis." menawarkan lebih daripada sekadar pemasangan panel solar di bumbung kediaman.

Pengguna sebenarnya mendapat jaminan prestasi berdekad lamanya yang disokong sepenuhnya oleh entiti korporat yang kukuh, stabil dan utuh di Malaysia. 

Mitos tempoh pulang modal

Dalam pada itu, Maxis Solar turut memperbetulkan tanggapan segelintir pihak yang menganggap pelaburan solar mengambil masa terlalu lama, iaitu sehingga 10 tahun untuk mencapai pulang modal. 

Melalui pelan pembelian terus, pemilik kediaman sebenarnya boleh menikmati penjimatan bil elektrik secara serta-merta dengan tempoh pulang modal seawal empat tahun sahaja. Selepas tempoh berkenaan, mereka akan mula menikmati tenaga elektrik secara percuma.

Bagi memastikan pulangan pelaburan ini bertahan untuk jangka masa panjang, Maxis Solar menawarkan komponen dan kabel premium yang melepasi proses ujian serta pentauliahan komprehensif demi menjamin ketahanan dan jangka hayat sistem yang optimum.

Bagi pengguna yang mahukan fleksibiliti kewangan, pelan langganan turut ditawarkan dengan komitmen permulaan serendah RM1,000 bagi memulakan langkah penjimatan. 

Sejurus selepas proses pemasangan selesai, pengguna akan menikmati penjimatan bil elektrik serta-merta sehingga 25 peratus.  

Menariknya, Maxis Solar menawarkan tempoh langganan fleksibel sehingga 10 tahun berbanding purata pasaran luar yang kebiasaannya mengehadkan pembiayaan sehingga 5 tahun sahaja. 

Pelan langganan ini turut dilengkapi Penjagaan Solar Proaktif secara percuma untuk 10 tahun, merangkumi perlindungan menyeluruh daripada aspek penyelenggaraan, insurans sehinggalah waranti. 

Prestasi sistem solar ini juga akan dipantau 24 jam oleh pakar pengoptimuman tenaga bagi memastikan kecekapan penjanaan tenaga sentiasa berada pada tahap terbaik.

Insentif terbaik melalui program SuRIA

Melengkapkan inisiatif ini, pengenalan program SuRIA oleh kerajaan menjadikan tempoh sepanjang Julai sehingga Ogos 2026 sebagai waktu paling ideal untuk pengguna bertukar kepada tenaga bersih. 

Bagi pelan pembelian terus, pengguna layak menikmati diskaun sehingga RM8,000 merangkumi insentif Program SuRIA bernilai RM3,000, potongan harga serta pilihan ganjaran tambahan berupa kredit Touch 'n Go bernilai RM1,000 atau lanjutan dua tahun perlindungan penyelenggaraan dan insurans percuma bernilai RM2,000.

Sementara itu, pelanggan yang memilih pelan langganan pula berpeluang menikmati langganan percuma sehingga 10 bulan yang bernilai RM3,000 melalui insentif Program SuRIA. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maxis Solar atau ikuti akaun rasmi @maxis di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini.

Video Terkini

Berita Berkaitan