HUAWEI terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran telefon pintar premium menerusi pelancaran siri terbaharu, Pura 90s yang menampilkan gabungan teknologi fotografi canggih, kecerdasan buatan (AI) serta keupayaan sambungan 5G lebih pantas dan stabil.
Siri Pura 90s direka sebagai peranti utama yang bukan sahaja menumpukan kepada keupayaan kamera, malah menawarkan pengalaman menyeluruh berasaskan AI bagi memenuhi keperluan pengguna moden.
Palet warna estetik moden
Palet warna estetik moden mengangkat estetika peranti mercu, siri Pura 90s menampilkan variasi warna segar yang diispirasikan daripada destinasi percutian.Â
Bagi model Pura 90s Pro Max, ia hadir dengan pilihan warna eksklusif iaitu Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black.Â
Di samping itu, model Pura 90s Pro menawarkan pilihan warna ranggi seperti Guava Soda, Orange Soda, Coconut White dan Mulberry Black bagi mencerminkan personaliti unik setiap pengguna.
Rakam imej lebih terang, jelas
Model Pura 90s Pro Max menjadi peneraju dengan kamera telefoto sensor ultra besar 200 megapiksel berukuran 1/1.28 inci yang menyokong teknologi RYYB, panjang fokus 96 milimeter serta 4 kali zum optikal.
Keupayaan ini membolehkan pengguna merakam imej lebih terang dan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar atau dari jarak jauh.
Selain itu, peranti ini mengekalkan kualiti imej yang tinggi pada tahap zum berbeza termasuk 4x, 10x dan 20x tanpa menjejaskan perincian seperti tekstur dan ekspresi wajah.
Ciri rakaman video telefoto sehingga zum 20 kali turut dipertingkatkan dengan kejelasan lebih baik serta kestabilan imej menerusi gabungan teknologi kecerdasan buatan, perkakasan optik dan pemprosesan pelbagai bingkai.
Malah, ia diperkuatkan lagi dengan sistem penstabilan imej bertaraf industri CIPA 7.0 yang memberikan keupayaan rakaman video jarak jauh tanpa gegaran walaupun hanya dipegang dengan tangan.
Ultra Lighting HDR
Melengkapkan sistem kamera HUAWEI Pura 90s Pro Max ialah kamera Ultra Lighting HDR yang mampu memberikan julat dinamik tinggi sehingga 16EV.Â
Ini sekali gus memastikan keseimbangan antara cahaya dan bayang, terutama dalam situasi mencabar seperti potret belakang cahaya dan fotografi matahari terbenam.
Pada masa sama, siri HUAWEI Pura 90s datang dengan teknologi kamera True-to-colour generasi kedua memastikan hasil imej yang lebih natural tanpa kesan warna berlebihan, manakala fungsi makro telefoto membuka peluang kreatif dalam merakam perincian objek dari jarak dekat.
Komposisi pintar dipacu AI
Dari aspek kecerdasan buatan, siri ini dilengkapi AI Composition yang merupakan ciri bantuan komposisi yang dipertingkatkan agar lebih intuitif untuk menganalisis situasi secara automatik dan mencadangkan sudut rakaman terbaik secara masa nyata.
Pengguna turut boleh memanfaatkan pelbagai fungsi suntingan berasaskan AI seperti AI De-glare untuk membuang pantulan, AI Remove bagi memadam objek tidak diingini, AI Move bagi mengubah kedudukan atau saiz elemen dalam gambar serta AI Best Expression untuk memilih ekspresi wajah terbaik dalam foto berkumpulan.
Selain fotografi, pengalaman penggunaan harian dipertingkatkan menerusi pembantu maya Celia yang boleh diaktifkan melalui arahan suara bagi membantu tugasan seperti terjemahan, peringatan, nota dan membuka aplikasi, hinggalah kepada kemudahan menempah perjalanan e-hailing.
Dari segi sambungan, siri Pura 90s menawarkan prestasi rangkaian 5G yang lebih pantas dan stabil dengan pemulihan isyarat lebih cepat, terutama di kawasan sesak seperti pusat beli belah, tempat letak kereta bawah tanah atau acara besar, sekali gus memastikan pengalaman penstriman dan perkongsian kandungan lebih lancar.
EMUI 16 tawar pengalaman pintar, lancar
Peranti ini turut diperkasa dengan EMUI 16, sistem operasi generasi baharu yang menggantikan EMUI 15 dan dibangunkan berasaskan Android 16.Â
Direka untuk menawarkan pengalaman penggunaan lebih maju menerusi keupayaan menyeluruh yang membolehkan interaksi lebih saling terhubung, fleksibel dan stabil dalam pelbagai situasi.Â
Selaras dengan keperluan telefon pintar generasi terkini, EMUI 16 turut memperkenalkan pelbagai ciri baharu bagi meningkatkan pengalaman digital pengguna secara menyeluruh.
Peranti ini turut disokong ekosistem AppGallery yang semakin matang dengan sokongan pelbagai aplikasi penting termasuk perbankan dan gaya hidup tempatan seperti Touch 'n Go.
Keselamatan pengguna juga diutamakan melalui proses saringan keselamatan empat lapisan, selain kemudahan kemas kini aplikasi satu ketukan.Â
Pengguna juga boleh mengakses khidmat pelanggan secara terus melalui aplikasi My HUAWEI.
Ketahanan
Bagi ketahanan, Pura 90s Pro Max dilengkapi kaca Kunlun anti-pantulan kalis calar terbaharu.Â
Ia menawarkan pengurangan silau skrin sehingga 70 peratus untuk kebolehlihatan luar lebih baik, selain peningkatan kekuatan kalis calar sehingga 16 kali ganda dan ketahanan daripada impak jatuh sehingga 25 kali ganda.
Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti besar 6000mAh bersama sokongan teknologi HUAWEI SuperCharge.Â
Model Pro Max menyokong pengecasan pantas 100W secara berwayar dan 80W tanpa wayar, manakala model Pro dilengkapi pengecasan berwayar 66W dan 50W tanpa wayar bagi memastikan peranti kekal berfungsi sepanjang hari.
Secara keseluruhan, siri HUAWEI Pura 90s mencerminkan komitmen jenama ini dalam memperkenalkan inovasi bermakna yang bukan sahaja menonjol di atas kertas, malah relevan dalam penggunaan harian.
Siri ini dijangka menjadi penanda aras baharu bagi pengguna yang mencari telefon pintar mercu dengan gabungan keupayaan fotografi bertaraf profesional, kepintaran AI dan sambungan lancar dalam satu peranti.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai siri HUAWEI Pura 90s melalui laman rasmi HUAWEI Malaysia atau mengunjungi kedai utama HUAWEI di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.Â























