KUALA LUMPUR: Pelancaran jualan pertama HONOR Magic V6 menarik kehadiran pelanggan yang sangat memberangsangan apabila orang ramai membanjiri HONOR Experience Stores di seluruh negara untuk mencuba dan membeli telefon boleh lipat perdana terbaharu jenama berkenaan.
HONOR Malaysia dalam satu kenyataan berkata, maklumat pasaran menunjukkan respons yang sangat positif ini didorong oleh minat mendalam pengguna terhadap teknologi inovatif yang ditawarkan.
Antara faktor tarikan utama termasuklah keupayaan kecerdasan buatan (AI) multitugas yang lebih maju serta kapasiti bateri peranti berkenaan yang sangat besar.
Bagi memenuhi keperluan storan pengguna yang pelbagai, peranti flagship ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori utama.
Harga jualannya bermula pada RM7,699 bagi versi memori 16GB RAM berserta storan 512GB. Manakala, varian memori 16GB RAM dengan storan 1TB pula dijual pada harga RM8,899.
Sebagai nilai tambah untuk menarik lebih ramai pembeli, pihak pengeluar menyediakan pakej ganjaran eksklusif kepada para pelanggan.
Setiap pembelian peranti berkenaan di seluruh negara akan disertakan dengan tawaran hadiah percuma yang bernilai RM2,597.
Pakej ganjaran premium berkenaan dirangka khusus untuk memberi ketenangan minda dan keselesaan berpanjangan kepada pengguna.
Ia merangkumi Bantal Leher Bermuzik (HONOR Gift Musical Neck Pillow), Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau untuk tempoh satu tahun, serta pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau selama dua tahun.
Selain rangkaian HONOR Experience Stores, pelanggan juga mempunyai pilihan alternatif untuk mendapatkan peranti pintar ini melalui pelbagai platform e-dagang terkemuka. Ia boleh didapati menerusi HONOR Malaysia Online Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, serta rakan peruncit seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
"Pelanggan meluahkan keterujaan terhadap ketahanan peranti yang mencatat rekod baharu, kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya serta pemproses Snapdragon tahap flagship," jelas kata HONOR Malaysia.
Selain faktor harga dan ganjaran, ramai pembeli turut menyatakan minat terhadap kesalinghubungan rentas platform peranti berkenaan dengan ekosistem Apple. Melalui ciri HONOR Connect dan HONOR WorkStation, pengguna kini boleh menikmati fungsi rentas peranti seperti notifikasi seragam antara iPhone dan Apple Watch.
"HONOR Magic V6 menjadi penghubung terbaik antara ekosistem Android dan iOS, khususnya untuk pengguna peranti Apple," tegas kenyataan media berkenaan mengenai keupayaan integrasi tanpa sempadan yang ditawarkan.
Menyentuh sudut ketahanan fizikal, model ini memperkenalkan tahap kekuatan baharu menerusi Engsel Keluli Super yang mempunyai kekuatan tegangan 2800MPa. Engsel peranti berkenaan mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan, iaitu bersamaan dengan 13 tahun penggunaan harian tanpa kebimbangan.
Dari aspek prestasi keseluruhan, model inovatif ini mencatat sejarah sebagai telefon boleh lipat pertama yang menggunakan Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Elite Gen 5. Prestasi peranti ini disokong kukuh oleh Bateri Silikon Karbon berkapasiti 6,660mAh, menjadikannya kapasiti terbesar dalam sejarah peranti boleh lipat.
Pengguna kini boleh mendapatkan telefon bersaiz ultra nipis 8.75mm ini dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White, dan Classic Black.
























